Prosiding Seminar Pendidikan JPPG 2005 KEBERKESANAN KERJA DI KALANGAN PENSYARAH POLITEKNIK KULIM, KEDAH : AMALAN TQM MENENTUKAN PRESTASI KERJA PENSYARAH Saifullizam Puteh, Muhammad Majdi Saad Ahmad Rizal Madar, Abd. Rashid Abd Razzaq Fakulti Pendidikan Teknikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara amalan TQM dengan prestasi kerja pensyarah Politeknik Kulim, Kedah. Kajian ini juga ingin melihat hubungan amalan TQM iaitu penambahbaikan yang berterusan, perubahan budaya, organisasi bertimbal balik, pemasaran dalaman dan profesionalisme & tumpuan pelanggan (Sallis, 1993) dengan prestasi kerja yang dinyatakan oleh Lal et al (1995) iaitu perancangan, siasatan, penyelarasan tugas, penilaian, mewakili, penyeliaan, menyusun penjawatan, pengagihan tugas dan perundingan. Pengaruh komitmen organisasi (komitmen afektif dan komitmen berterusan) dilihat ke atas amalan TQM dalam menentukan prestasi kerja. Kajian ini berbentuk tinjauan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Dapatan kajian dianalisis menggunakan korelasi Pearson dan regresi berganda. Seramai 98 orang pensyarah Politeknik Kulim telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan TQM memberi kesan kepada prestasi kerja pensyarah. Didapati interaksi komitmen organisasi dengan amalan TQM mempengaruhi peningkatan prestasi kerja pensyarah. Dikenal pasti amalan TQM serta interaksi dengan komitmen organisasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan item prestasi perancangan, prestasi perundingan dan prestasi mewakili. Secara umumnya, sekiranya amalan- amalan TQM dan komitmen organisasi diberi perhatian secara langsung akan dapat meningkatkan prestasi kerja pensyarah. Pengenalan Isu kualiti kerja sebelum ini hanya digembar-gemburkan di dalam institusi penswastaan dan perindustrian sahaja, tetapi kini sudah mula menguasai bidang pendidikan. Ini adalah kerana bidang pendidikan juga mengeluarkan produk yang dikehendaki oleh pelanggan seperti bidang perindustrian iaitu pengeluaran dari segi tenaga buruh mahir dan separa mahir. Ke arah tujuan ini, kerajaan telah bersetuju supaya tindakan-tindakan diambil agar Perkhidmatan Awam di Malaysia mencapai taraf ISO 9001 sebagai pelengkap kepada usaha meningkatkan kualiti, khususnya melalui pelaksanaan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Oleh itu, pendekatan kualiti (TQM) yang digunakan dalam pendidikan adalah satu pendekatan untuk mewujudkan sebuah institut pendidikan yang efisien atau efektif bagi mencapai piawaian yang telah ditetapkan. Semua amalan yang berkaitan dengan pengurusan kualiti secara menyeluruh (TQM), merupakan satu cabaran penting dalam bidang pendidikan masa. kini dan masa hadapan khususnya di Politeknik. Dalam pendekatan kualiti menyeluruh Politeknik perlu melihat komponen-komponen di dalamnya iaitu pelajar, pensyarah, kurikulum, pentadbir dan pengurusan sebagai satu sistem (Mokhtar, 1996). Pensyarah yang berkualiti mampu menunjukkan keberkesanan kerja yang baik supaya dapat membantu melahirkan pelajar yang baik serta dapat meningkatkan nama institut pendidikan. Ini kerana pensyarah bukanlah “the economic man”, sebaliknya para pensyarah adalah “social being” yang sentiasa di pengaruhi oleh alam persekitaran kerja. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mencapai tahap kecemerlangan yang diharapkan. Antaranya melalui penerapan budaya kerja yang cemerlang berasaskan amalan TQM. Pendek kata, amalan TQM yang baik akan menggalakkan pensyarah untuk bekerja dengan lebih tekun dan gigih. Politeknik Kulim, Kedah merupakan sebuah Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi yang terletak di kawasan Perindustrian Taman Teknologi Tinggi di pinggir Bandar Kulim yang telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000. Telah diperakui bahawa cara pendekatan yang amat sesuai untuk memenuhi keperluan ISO 9001 ialah cara “Total Quality Management” (TQM) (Idris Tukachil, 1998). Oleh itu wujud persoalan untuk mengetahui sejauhmankah amalan TQM menentukan prestasi kerja pensyarah di Politeknik. Ini kerana menurut Sallis (1993) amalan TQM dalam sektor pendidikan boleh 60