Proceedings of the 2012 Tourism and Hospitality International Conference (THIC) 215 MASJID SEBAGAI PENGENDALI PENGINAPAN: KAJIAN KES DI MASJID AL GHUFRAN, SELANGOR Noor Fiteri bin Abdullah School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia Abstract Historically, the mosque has been one of the most significant institutions in the Islamic community, and it plays a key role in the everyday lives of Muslims. In term of tourism, mosque is proudly known through the uniqueness of its‘ architectural style and design. The lodging in mosque conveys a new concept especially for the Muslims‘ tourists who are searching for an accommodation that conform to Islamic principles. This case study is trying to discover the recent status of conveniences offered to the public in the respective mosque. Masjid merupakan bangunan yang boleh ditemui di mana-mana tempat baik di bandar atau pun kampung. Dalam konteks pelancongan, keunikan seni bina merupakan menjadi tarikan terutamanya kepada pelancong. Isu mendapatkan kemudahan penginapan berlandaskan syariah merupakan masalah yang menjadi kesukaran kepada pengguna Islam apabila melancong. Kewujudan masjid sebagai pengendali kemudahan penginapan di beberapa tempat merupakan satu pilihan kepada golongan terbabit. Kertas kerja ini cuba meneliti status terkini kemudahan yang disediakan di masjid yang dikaji seterusnya mencadangkan kajian susulan yang boleh dilaksanakan. Keywords: Mosque, Accomodation Product, Shariah Compliant Accomodation, Islamic Tourism, Pengenalan Pelancongan ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal individu daripada tempat bermukim keluar ke tempat yang lain(Jamudin, 2012). Keperluan utama apabila berpergian ialah kemudahan penginapan yang selesa dan menyenangkan. Hotel dan resort merupakan tempat penginapan pilihan kepada tetamu apabila berkunjung ke sesuatu tempat di luar kediaman. Apakah ada institusi lain yang boleh menjadi alternatif kepada kedua-duanya? Masjid dalam institusi pelancongan merupakan produk yang mempunyai nilai tarikan tersendiri. Keindahan seni bina dan hiasan dalam adalah tarikan tumpuan terutamanya kepada pelancong asing (Bernama, 2012). Adakah hanya itu fungsi yang boleh diketengahkan oleh masjid dalam bidang pelancongan? Semasa kegemilangan empayar Islam masjid berfungsi sebagai pusat kegiatan umat dari aspek keagamaan dan sosial (Lokman, 2007). Peranannya tidak terbataskepada aktiviti solat dan zikir sahajatetapi merangkumi urusan pentadbiran negara dan kebajikan orang ramai. Peranan dalam kebajikan berkait dengan pelancong atau musafir juga tidak terkecuali. Masjid menjadi tempat musafir persinggahan sementarauntuk berehat sebelum meneruskan perjalanannya ke destinasi tujuan (Muhd Fadli, 2003). Kini, kegiatan pengimarahan masjid selain daripada menjadi tempat beribadah menjadi polemik perbincangan apatah lagi apabila melibatkan orang bukan Islam. Pihak yang bersetuju dengan alasan sebagai medium dakwah manakala yang tidak bersetuju dengan