1 “Idiosyncrasy” P.Ramlee Dalam Genre Filem Komedi. Dr. Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman, Nur Afifah Vanitha Abdullah Fakulti Seni Gunaan & Kreatif , UNIMAS. Kata kunci: Filem Komedi P. Ramlee, struktur komedi P. Ramlee, idiosyncrasy, komedi visual. Abstrak. Secara umum filem komedi adalah satu bentuk filem yang popular, lucu dan diakhiri dengan kegembiraan. Kertas kerja ini membentangkan satu analisa saintifik terhadap kaedah komedi visual dalam filem-filem arahan P. Ramlee. Melalui pengkajian ini lapan belas filem arahan beliau yang dikategorikan dalan genre komedi telah dikenalpasti. Ia bertujuan untuk mengenalpasti hubungkait struktur komedi filem-filem beliau. Hasil penganalisaan menunjukkan bahawa struktur komedi visual arahan beliau tertumpu kepada sub-genre komedi iaitu rencam realiti, rencam fantasi dan “Kombinasi farce realiti dan fantasi”. Manakala struktur mode komedi visual P. Ramlee yang menjurus kepada khayalan, sifat perwatakan, anti-realistik dan kombinasi reaksi dan ekspresi. Selain daripada itu penemuan ini juga menjelaskan “idiosyncrasy” komedi visual beliau yang menekankan elemen pengulangan, konsep membantu, kepercayaan kepada maha esa, dan nasib. Kata kunci: Filem Komedi P. Ramlee, struktur komedi P. Ramlee, komedi visual. Pendahuluan P. Ramlee adalah sebuah nama yang terulung di persada seni tanahair. Beliau telah mengarah banyak filem-filem Melayu yang mendapat sambutan yang amat positif diperingkat nasional dan antarabangsa semasa di era 50 an dan 60an. Hingga kini filem- filem beliau masih ditonton oleh generasi muda. Daripada 34 buah filem yang diarah oleh P Ramlee 18 buah filem adalah dari genre komedi. Filem komedi pertama beliau adalah Bujang Lapok yang diarah pada tahun 1957. Mulai dari tahun 1957 hingga 1972 [farahaqil 2002]. P. Ramlee telah mengarah sekurang–kurangnya satu filem komedi pada setiap tahun. Pada tahun 1965 dan 1966 beliau telah mengarahkan sebanyak tiga buah filem komedi berturut- turut iaitu filem Sabaruddin Tukang Kasut, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi. Ini menunjukkan juga bahawa pasaran kepada filem komedi adalah sangat tinggi pada masa tahun tersebut. Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah di peringkat anatarabangsa melalui filem-filem genre komedi. Filem Pendekar Bujang Lapok telah terpilih sebagai Anugerah