GERAKAN AHMADIAH (QADIANI) DI MALAYSIA: SATU SOROTAN SEJARAH Oleh: Azharudin Mohamed Dali Abstrak Kajian ini melihat perkembangan gerakan Ahmadiah atau turut dikenali sebagai Qadiani di Malaysia. Gerakan ini telah dikategorikan sebagai sebuah ajaran sesat yang menyesatkan, namun sehingga ke hari ini ia masih terus wujud dan di Malaysia terdapat seramai lebih kurang 1500 orang pengikut. Kajian ini akan akan menyelusuri perkembangan gerakan ini dalam tiga tahap. Pertama, permulaan gerakan ini di India serta pengasasanya iaitu Mirza Ghulam Ahmad, tahap kedua pula merujuk kepada sebab dan alasan-alasan yang menyebabkan ajaran bertapak di Negara ini dan ketiga adalah gerakan ini di Malaysia. Kajian ini juga akan melihat kepada beberapa persoalan berkaitan dengan kewujudannya dan kemampuannya untuk terus bertapak di negara ini. Kata kunci: Gerakan Ahmadiah, Qadiani, Mirza Ghulam Ahmad, Islam di Malaysia Abstract This paper outlines the development of the Ahmadiya movement, better known as the Qadianis in Malaysia. This movement was categorised as a deviant group, but until today, it still exists and in Malaysia, it has around 1500 adherents. This study will trace the development of this movement, in three parts. The first part would be the origins of the movement in India and its founder, Mirza Ghulam Ahmad, the second part the real and purported reasons of the Ahmadiya movement, and the third part, its mission in Malaysia. This paper will also look into a few questions regarding its existence and its ability to survive in this country. Keywords: Ahmadiah Movement, Qadiani, Mirza Ghulam Ahmad, Islam in Malaysia Pengenalan 1 Dalam konteks perkembangan Islam, didapati bahawa Malaysia tidak dapat lari dari perkembangan-perkembangan yang berlaku di dunia Islam serta masyarakat Islam di negara yang lain. Meskipun Timur Tengah sering sahaja menjadi pusat Azharudin Mohamed Dali, PhD, merupakan pensyarah di Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui azharud@um.edu.my. 1 Artikel ini asalnya merupakan kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Hubungan Malaysia- Indonesia Kali Ketiga yang dianjurkan oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada 14-16 Ogos 2009 dengan tajuk Gerakan Ahmadiyah atau Qadiani di Malaysia dan Indonesia: Satu Sorotan Sejarah.