Pendapatan dan Sasaran Perbelanjaan Dana Zakat di Negeri Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan: Isu dan Cabaran Zulkefly Abdul Karim Mohd. Azlan Shah Zaidi Hairunnizam Wahid Fakulti Ekonomi, UKM. Abstrak Pendapatan dan perbelanjaan merupakan dua komponen penting dalam belanjawan zakat di setiap institusi Baitulmal negeri atau Pusat Zakat negeri. Dengan perkembangan teknologi maklumat, hasil pungutan zakat telah berkembang dengan pesatnya. Namun begitu, pengagihan zakat masih belum nampak kesempurnaannya. Kedua-dua komponen ini perlulah dirancang dengan teliti supaya institusi zakat dapat beroperasi dengan cekap untuk mecapai matlamatnya mengagihkan dana zakat kepada semua golongan asnaf. Justeru itu, analisis penyata kewangan institusi tersebut perlulah dilakukan bagi membandingkan prestasi tahunan dan membuat perbandingan antara negeri. Analisis tersebut berguna sebagai panduan untuk membuat rancangan di masa hadapan bagi memantapkan lagi prestasi. Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga. Pertama, membincangkan prestasi kutipan dan perbelanjaan zakat dengan menggunakan kaedah analisis tren. Kedua, membandingkan corak agihan dana zakat kepada golongan sasaran antara negeri dengan memberikan tumpuan kepada golongan sasaran yang terpenting. Ketiga, membincangkan beberapa isu-isu penting, cabaran dan beberapa implikasi dasar untuk memantapkan lagi institusi zakat di setiap negeri. 1