27 PENENTANGAN RAKYAT PALESTIN TERHADAP ISRAEL DALAM INTIFADAH PERTAMA 1987: KRONOLOGI DAN KESANNYA KE ATAS KONFLIK DI PALESTIN (Palestian Opposition towards Israel in the First Intifada 1987: Its Chronology and Consequences on the Conflict in Palestine) Oleh: Abdul Qayyum M Suhaimi Mohd Roslan Mohd Nor ** Abstrak Peristiwa Intifadah di Palestin merupakan satu peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah umat Islam seluruh dunia. Dunia menyaksikan satu kebangkitan di mana seluruh peringkat umur terlibat dalam menjayakan kebangkitan yang berlaku dalam peristiwa ini. Penindasan regim Zionis terhadap rakyat Palestin setelah sekian lama menjadi punca dalam kebangkitan rakyat yang berlaku di Palestin. Kebangkitan rakyat Palestin yang berlaku secara tiba-tiba ini mendapat respon pelbagai pihak terutamanya Israel. Kebangkitan rakyat Palestin di dalam peristiwa ini juga menunjukkan kesan yang besar terhadap konflik yang berlaku antara Palestin-Israel yang telah tercetus sejak sekian lama. Kertas kerja ini akan membincangkan serta melakukan beberapa penelitian kronologi peristiwa Intifadah pertama yang tercetus di Palestin pada tahun 1987 serta meneliti kesan yang wujud selepas tercetusnya Intifadah ini terhadap konflik di Palestin. Katakunci: Intifadah, Israel, kebangkitan rakyat, Palestin, Konflik Timur Tengah, Asia Barat. Abstract The Intifada in Palestine was a major event in the history of Muslims around the world. The world has witnessed a resurgence of various ages who were involved in ensuring the success of the rise. The oppression of the Zionists regime against the Palestinian people for a considerable period of time had been the main cause of the uprising that took place in Palestine. The sudden Palestinian uprising elicited responses from various parties, particularly Israel. The uprising of the Palestinians also demonstrated a significant effect based on the conflict between Palestine and Israel that has been raging for a long time. This paper will discuss and study the chronology of events of the first intifada that broke out in Palestine in 1987 and examine the impacts of this intifada on the conflict in Palestine. Keywords: Intifada, Israel, people’s uprising, Palestine, Middle East conflict, West Asia Calon sarjana Usuluddin Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email: da_sentul88@yahoo.com ** Mohd Roslan Mohd Nor, PhD, merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi melalui email: m_roslan@um.edu.my