BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Membaca yang menjadi asas dalam semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperolehi pendidikan sepanjang hayat.Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan.Kemahiran membaca adalah penting untukdikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi.Oleh itu minat membaca perlu dipupuksejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh.Melalui asas yang kukuh ini dapatmenimbulkan minat yang berterusan. Kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran membaca ayat-ayat mudah dengan lancar, akan berada di dalam zon selesa sewaktu di dalam kelas. Situasi ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak boleh menguasai kemahiran membaca. Malahan kanak-kanak yang sudah boleh membaca akan lebih berkeyakinan dan berminat terhadap pembelajaran yang dijalankan. Menyedari bahawa kepentingan penguasaan kemahiran membaca kepada kanak- kanakmakakemahiran ini perlu diajar di peringkat awal dengan menggunakan kaedah- kaedahyang sesuaidengan kebolehan mereka.Antara langkah untuk menggalakkankemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak bagi meningkatkan kelancaran dankefahaman ialah menggunakan kaedah bacaan berulang. Menurut Musti- Roa, Hawkinsdan Barkley (2009) bacaan berulangmemerlukan pelajar membaca berulangkali petikanatau teks dalam jangkamasa tertentu atau sehingga pelajar tersebut 1