Re: SNAKEHEAD(Haruan,Toman,Bujuk) Pengenalan Haruan atau nama saintifiknya Channa Striata adalah antara ikan yang paling digemari oleh pemancing di Malaysia. Haruan juga dikenali didalam bahasa Inggeris sebagai Common Snakehead, Striped Snakehead dan Chevron Snakehead. Haruan juga dipanggil toman paya (Malaysia), pla chorn (Thailand), gabus (Kepulauan Jawa), delak (Kalimantan) dan murrel (India). Haruan juga bersaudara dengan toman, bujuk, toman bunga, haruan palas dan keluarga snakehead (Channidae) yang lain. Channa Striata adalah ikan asal (native) di Pakistan, India, Selatan Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Cambodia, Selatan China, Malaysia, Sumatra, Borneo, Sabah, Jawa Barat, Vietnam dan Laos. Haruan juga adalah spesies yang diperkenalkan (introduced species) di Filipina, Madagascar, Sulawesi, Mauritius, New Caledonia dan Hawaii. Saiz haruan sebesar ini dapat memberikan kepuasan kepada para pemancing haruan (Foto ihsan dari rohu_slayer) Habitat Di Malaysia, haruan boleh dijumpai di sungai, tasik, paya, sawah padi, lombong dan juga parit/taliair ditepi jalan (Mohsin dan Ambak, 1983; Lee dan Ng, 1991). Ng and Lim (1990) menyenaraikan bahwa pada kawasan yang terbuka, haruan adalah snakehead utama didalam kawasan yang cetek (1 meter atau kurang) yang dipenuhi dengan rumpai/lumut/ tumbuhan air. Lee and Ng (1991) juga melaporkan bahawa haruan adalah spesies yang paling mudah menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran termasuk keadaan air yang berkualiti rendah dan mampu bergerak di darat.