PENGGUNAAN RADIONUKLID 137 Cs DALAM KAJIAN HAKISAN TANIH JANGKA PANJANG Mokhtar Jaafar Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Abstrak Kajian hakisan tanih jangka panjang mengguna radionuklid 137 Cs sebagai penyurih telah dilaksanakan di ladang jagung Little Landside, Devon, England. Persampelan tanih dalam kajian ini berdasarkan pendekatan transet, dan pengumpulan sampel- sampel tanih dilakukan ketika musim sejuk 2004. Kajian melibatkan pengukuran kandungan 137 Cs dalam tanih, dan analisis taburan semula tanih. Kandungan 137 Cs bagi setiap sampel tanih diukur melalui penggunaan pengesan spektrometri gamma HPGe, manakala taburan semula tanih dianalisis melalui model keseimbangan jisim III. Pengukuran kandungan 137 Cs mendapati nilai inventori adalah 23.4% lebih rendah daripada nilai rujukan inventori (2427.8 Bq m -2 ), dan ini membuktikan berlaku hakisan tanih di tapak inventori. Analisis taburan semula tanih pula mendapati kedua- dua transet mencatat jumlah hakisan antara ca. 92-100 t ha -1 thn -1 , dan kehilangan tanih bersih berkadar antara ca. 90-93 t ha -1 thn -1 . Bahagian atas cerun (dalam jarak 0- 50 m) mencatatkan jumlah hakisan tanih tertinggi, dengan nilai purata 16.25 t ha -1 thn - 1 . Kadar hakisan tanih kasar tercatat sebanyak 7.2 t ha -1 thn -1 , manakala kadar hakisan bersih pula adalah 6.4 t ha -1 thn -1 . Keadaan ini menghasilkan nisbah pengeluaran sedimen sebanyak 89%. Kesimpulan daripada kajian ini dapat dinyatakan seperti berikut: kehilangan tanih adalah pada kadar yang sangat tinggi, dan berlaku mobiliti sedimen keluar daripada sempadan ladang yang mungkin digerakkan oleh air larian permukaan. Kata kunci: hakisan tanih, radionuklid, pengukuran 137 Cs, kehilangan tanih, model keseimbangan jisim III Abstract Research on long-term soil erosion was carried out at Little Landside maize field, in Devon, England, using 137 Cs fallout as a tracer. Soil sampling programme was undertaken based on transect approach, and soil samples were collected in winter 2004. This study involved measurements of 137 Cs contents in soils, and analysis of soil redistribution. The study used the high-purity germanium (HPGe) detector to examine the 137 Cs contents in soil samples, and the model mass-balance III for the analysis of soil redistribution. A measurement of the 137 Cs content showed that inventory value was lower by 23.4%, compared to reference inventory value (2427.8 Bq m -2 ), and this result indicated that soil erosion occurred in the study field. An analysis of soil redistribution showed that both transects recorded a total erosion between ca. 92-100 t ha -1 yr -1 , and net soil loss rates were calculated at 90-93 t ha -1 yr - 1 . The highest total erosion occurred at the top of the slopes (distance between 0-50 m) with an average value of 16.25 t ha -1 yr -1 . Gross erosion rates for the study field Jilid 2, Bilangan 2, Januari - Disember 2007 1