1.0 Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Komunikasi adalah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi interpersonal melibatkan komunikasi semuka dan ia berlaku dalam satu persekitaran spesifik atau dalam bentuk kumpulan. Fungsi utamanya ialah untuk mendengar, bercakap, dan menyelesaikan konflik. Komunikasi interpersonal berbeda daripada komunikasi secara lisan ( verbal ) kepada secara bukan lisan ( non-verbal ). Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan penggunaan pertuturan dalam situasi bersemuka. Ia merupakan proses komunikasi yang paling efekf, ia membenarkan pertukaran berlaku dengan cepat; ia membenarkan penggunaan ‘bahasa isyarat’ dan pencurahan perasaan di mana penerima dapat menafsir makna daripada gerak laku yang dak diucapkan (seper senyuman dan kerut muka) juga daripada perkataan-perkataan. Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seper isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Contohnya, mengangguk kepada mungkin boleh dierkan sebagai memberi galakan peneguhan; menunjuk masam muka menggambarkan kemarahan, diam sahaja mungkin bimbang dan lain-lain lagi. Di dalam sesi kaunseling, yang kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu, guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empa. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenalpas daripada ciri-ciri pertuturan yang baik adalah diturunkan seper berikut: “Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghenan sejenak yang efekf, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhaan orang yang berkomunikasi.” 1.1 Kemahiran-kemahiran Komunikasi Interpersonal 1.1.1 Membina Hubungan Proses kaunseling berkait rapat dengan perhubungan di antara seorang kaunselor dengan kliennya di mana menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk menyelesaikan masalahnya. Objekf kaunseling ialah membina hubungan dengan kliennya. Untuk mencapai objekf dengan berkesan maka membina hubungan di antara kaunselor dengan klien adalah syarat penng. Dengan ini, seseorang kaunselor hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan. Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini dak boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana seseorang kaunselor itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan kliennya. Kaunselor perlu menunjukkan keikhlasannya bahawa dia memang seorang yang dapat dipercayai oleh kliennya, sudi dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Situasi-situasi yang menunjukkan bahawa kaunselor menjalin hubungan yang baik dengan kliennya adalah boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir