Kamaruzzaman, Ruzman Bin Md Noor & Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff 1 Kontruksi Identitas Melayu dalam Sejarah Aceh dan Penang Kamaruzzaman Bustamam-Ahmad, Ruzman Bin Md Noor & Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff (kamaruzzaman13@um.edu.my, ruzman@um.edu.my, zulkifliy@um.edu.my) ABSTRAK Makalah ini bermaksud mengkaji hubungan Aceh dan Penang, sebagai bahagian sejarah hubungan antara Indonesia dan Malaysia, sebelum dan sesudah kedua-dua negara tersebut merdeka. Disamping itu, kajian ini mencoba menjelaskan bagaimana sejarah hubungan tersebut ketika Francis Light memberikan peluang yang amat besar bagi rakyat Aceh untuk membina Pulau Pinang. Selain merujuk pada kajian-kajian sebelumnya, kertas kerja ini juga mengedepankan oral history iaitu melihat cerita-cerita yang masih berkembang tentang sejarah kedua negeri tersebut. Bahkan, pengkaji melakukan observasi di beberapa kampung di Aceh, yang memiliki kesan hubungan dengan Pulau Pinang. Walaubagaimana pun, ada beberapa kajian sebelumnya mengenai hubungan kedua negeri tersebut (Zainol, 2005; Hussin, 2007; Anderson, 1971), namun belum ada agaknya kajian yang melihat bagaimana pertemuan dua negeri tersebut telah begitu memberikan kesan terhadap kontruksi identiti Melayu. Harus diakui, bahwa Aceh memiliki peranan penting dalam membina identiti dan tamaddun Melayu, namun jarang yang menghubungkannya dengan Pulau Pinang. Ini dikeranakan lebih banyak dikaitkan dengan hubungan Aceh dengan Melaka (Andaya, 2009). Adapaun dapatan dalam kajian ini bahawa ada beberapa fasa sejarah hubungan Aceh dengan Pulau Pinang. Namun fase sejarah ini sangat terkait ketika Aceh me-Melayu-kan Semenanjung Tanah Melayu sejak pendirian Kerajaan Melayu Melaka. Setelah itu, mempertahankan STM dari usaha Portugis menduduki STM pada abad ke-15-16 Masehi. Adapun pada abad ke-17, Aceh memberikan kontribusi yang amat berarti dalam standarisasi ke-Melayu-an di Semenanjung. Sementara pada abad ke-18, Aceh memainkan peranan dalam kontruksi identiti Melayu di Pulau Pinang.