Conth pbs sejarah: Panduan Kerja Kursus Sejarah STPM Kertas 4 (940/4) PANDUAN PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH STPM KERTAS 4 (940/4) PENGGAL 2 1. Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Kertas cadangan atau proposal penulisan esei ialah penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penulis tentang kerja kursus atau esei yang akan dilakukan. Penjelasan ringkas itu menjawab persoalan berikut: (a) Apakah tajuk esei yang akan dilaksanakan? (b) Apakah isu yang dikenal pasti? (c) Apakah objektifnya? (d) Bagaimanakah kita akan melaksanakan / pengumpulan maklumat atau data? (e) Berapa lamakah tempoh masa perlaksanaannya? (f) Berapakah kos yang diperlukan? (jika ada) Kertas cadangan (proposal) penulisan esei disediakan sebelum sesuatu penulisan esei yang lengkap dilaksanakan. Ia boleh disediakan mencakupi kerengka masa bermula penggal 2 hingga ke suatu tarikh akhir penyerahan tugasan tersebut (12 April 2013). 2. Fungsi Kertas Cadangan (Proposal) Kegunaan Kertas Cadangan (Proposal) penulisan esei merupakan satu panduan yang menyatakan objektif penulisan esei, langkah-langkah (format) esei keseluruhannya, peralatan yang digunakan atau tempoh masa perlaksanaan penulisan yang dirancang oleh penulis (pelajar). Kertas cadangan (proposal) membantu penulis menjalankan kajian penulisan esei dengan lebih terancang lagi. 3. Kandungan Dalam Kertas Cadangan (Proposal) Penulisan Esei Sejarah STPM Kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah tidak mempunyai format yang khusus (bergantung kepada tajuk / keperluan esei berkenaan). Namun begitu, berikut adalah panduan asas untuk memudahkan kita menulis kertas cadangan (proposal) penulisan esei Sejarah yang berkaitan: (i) Nama Sekolah (beserta alamat penuh) (ii) Nama penulis (iii) Tajuk esei (iv) Refleksi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkaitan dengan tajuk (v) Isu keperihatianan / Fokus Kajian (vi) Objektif Kajian (vii) Kumpulan Sasaran (viii) Tindakan Yang Dicadangkan (ix) Jadual Perlaksanaan (x) Kos Kajian (jika ada)