1. Pengenalan 1M1S yang diperkenalkan telah berjaya mencungkil bakat murid seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak MSSD Klang untuk melahirkan para pelajar yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) melalui penganjuran pelbagai program sangat bertepatan untuk pembangunan sahsiah dan potensi individu. Dari aspek sukan dan permainan, salah satu program tersebut adalah Kejohanan Bola Jaring MSSD Klang bagi tahun 2014. Penganjuran kejohanan ini akan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan khususnya bola jaring. Di samping itu, diharapkan pihak MSSD Klang akan dapat mengetengahkan bakat-bakat yang sedia ada dalam usaha melahirkan lebih banyak pemain bola jaring berkaliber yang mampu memartabatkan sukan bola jaring di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 2. Penganjur Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah Klang, Pejabat Pelajaran Daerah Klang. 3. Pengelola Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, Kapar, Selangor 4. Matlamat a. Melahirkan pemain-pemain yang berpotensi dalam permainan bola jaring. b. Melahirkan pemain-pemain bola jaring remaja yang bakal mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara mahupun di peringkat antarabangsa. c. Memupuk semangat perpaduan dan integrasi kaum seperti diwarwarkan dalam Gagasan 1 Malaysia melalui permainan bola jaring. 5. Objektif a. Melahirkan pemain-pemain yang berbakat dalam permainan bola jaring. b. Menyediakan pasukan bola jaring daerah dan negeri untuk menyertai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan. c. Mendedahkan suasana pertandingan yang sebenar kepada pelajar-pelajar. d. Memperkenalkan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring yang sebenar kepada mereka yang terlibat. e. Memberi pendedahan pengurusan dan pengelolaan sesuatu kejohanan kepada guru- guru penasihat bola jaring daerah Klang.