Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 93 - 109 Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran (Students’ Perception Toward Teaching Tilawah Al-Quran) MOHD ADERI CHE NOH ROHANI AHMAD TARMIZI ABSTRAK Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kajian berkaitan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran Tilawah al-Quran bagi bahagian bacaan yang merupakan salah satu bahagian dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di sekolah menengah harian. Seramai 1651 responden pelajar Tingkatan Dua yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok daripada seluruh Malaysia. Pelajar dikehendaki memberi respon kepada sejumlah 69 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan empat komponen iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup pengajaran dan alat bantu mengajar. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min digunakan dalam melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berada pada tahap sederhana (min = 3.338). Manakala tahap min amalan pengajaran berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran (min = 3.461), penutup pengajaran (min = 3.271) dan alat bantu mengajar (min = 2.709) pada tahap sederhana. Manakala komponen perkembangan pengajaran pada tahap tinggi (min = 3.670). Implikasi kajian ialah guru Pendidikan Islam perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran Tilawah al-Quran yang mereka miliki dengan cara yang paling efektif agar murid dapat menguasai Tilawah al-Quran dengan berkesan. ABSTRACT This article was written to identify student perception towards the teaching instructions in the reading part of Tilawah al-Quran which was one of the components in the Islamic Education Integration Curriculum for daily Secondary school. The total of 1651 standard two student from all over Malaysia were selected by stratified and cluster samplings. The student were asked to give respond towards 69 indicators which were related to teaching instructions in Tilawah al-Quran based on the four components which were starting of the teaching, expansion of the education, closing of the education and assisted tools. Responses in the questionnaire were using 5 units of the likert scale.