1 FIQH MALAYSIA : KONSEP DAN CABARAN Oleh Mohd Anuar Ramli PENGENALAN Walaupun menurut penyelidikan ahli sejarah agama, Islam telah berkembang di Asia Tenggara sejak kurun ke-13 dan telah sampai ke Tanah Melayu kira-kira satu kurun selepas itu. Islam hanya bertapak kuat di Melaka dalam kurun ke 15. 1 Islam telah sampai ke Tanah Melayu dalam era kejumudan dan taqlid. Dalam tempoh yang lama, fiqh Islam yang diamalkan adalah warisan daripada era kegemilangan Islam masa silam. Kemudian berlaku beberapa percubaan untuk melakukan tajdid dalam fiqh Islam. Ini kesan daripada perjuangan Al-Afghani dan Mohammad Abduh di Timur Tengah. Perjuangan di Malaysia diteruskan oleh para pelajar yang mendapat pendidikan di negara Timur Tengah. Tetapi perjuangan yang dipanggil kaum muda tersebut tidak mencapai sasaran yang besar. Namun dalam menjelang millineum baru, lahirnya satu gagasan idea untuk melahirkan hukum Islam berdasarkan pendekatan semasa dan 1 Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned (1992), Sistem Undang-Undang Di Malaysia, Kuala Lumpur : DBP, edisi 2, h. 48.