1 BAHAYA SYIAH ASAL USUL, CIRI-CIRI DAN BAHAYANYA KEPADA UMAT ISLAM DISEDIAKAN OLEH: WAN AHMAD FUAD BIN WAN AHMAD KAMIL 1.0 PENGENALAN 1.1 PERPECAHAN UMAT ISLAM Umat Islam merupakan antara agama yang paling ramai dianuti oleh manusia di seluruh dunia. Akan tetapi ramainya umat Islam bukan bermaksud tetap bersatu dan sepakat, bahkan ramainya umat Islam juga menjadi sebab perpecahan, perbezaan pendapat, pergaduhan dan sebagainya. Ini telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW di dalam hadith Baginda yang bermaksud: "Ketahuilah! Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian dari kalangan ahlu kitab berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan; tujuh puluh dua golongan masuk neraka dan satu golongan masuk surga, yaitu Al Jama'ah” 12 Dalam riwayat lain, terdapat hadith oleh Baginda yang membawa maksud: “Telah berpecah orang Yahudi kepada 71 atau 72 kumpulan, berpecah orang Nasrani kepada 71 atau 72 kumpulan dan berpecah umatku kepada 73 kumpulan.” 3 Daripada maksud hadith tadi, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Syiah ialah salah pecahan daripada jumlah 73 umat Islam yang disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadith- hadith Baginda. Persoalan yang timbul ialah, kenapa mesti umat Islam berpecah? Kenapa tidak boleh bersatu dan menjadi satu agama yang mana penganutnya bersepakat dalam semua perkara dan keadaan? Jawapan kepada persoalan ini ialah kerana setiap manusia ini dilahirkan dengan kehendak dan kemahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Atas sebab kehendak dan kemahuan yang berbeza inilah menyebabkan munculnya golongan Syiah yang merupakan salah satu pecahan umat Islam. Perpecahan umat Islam boleh dikategorikan kepada banyak jenis dan sebab. Ada pecahan kerana sebab politik, perpecahan dari segi akidah, pecahan dari segi ajaran Syariah, dan sebagainya. 1 Hadith riwayat Abu Daud: no. 3981. Dhaif di sisi Ibn Hazm dan Yusuf al-Qardhawi atas alasan ianya Maqlubah (hadith boleh diubah maksud dan boleh diselewengkan kefahaman) 2 Muhammad Abu Zahrah. t,th. Tarikh al-Mazhab al-Islamiyyah. Dar al-Kutub 3 Hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim R.A. Hadith tersebut yang dikatakan bertaraf Hasan Sohih oleh Imam Tirmizi dan disohihkan oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim.