ISSN 1675 - 5936 I e-ISSN 2289-4799 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA VOL.13 (SPECIAL EDITION) 2014 : pp 39-53 Kesepaduan Elemen-Elemen Asas Dalam Falsafah Sains Ibn Al- Haytham (Integrated Elements In Ibn Al-Haytham Philosophy Of Science) Mohd Syahmir Alias 1 Universiti Sains Malaysia Abstrak Makalah ini bertujuan mengenal pasti elemen-elemen asas dalam falsafah sains Ibn al-Haytham dan menganalisisnya dari sudut teori ilmu pengetahuan Islam. Perbincangan mengenai teori ilmu pengetahuan sering diperdebatkan dalam falsafah sains masa kini. Tambahan pula, falsafah sains moden pada hari ini berpandukan falsafah logical-positivism yang secara lazimnya hanya mementingkan data yang boleh dicerap oleh deria dan rasional pada akal. Namun, sebagai sarjana Muslim terawal yang memperkenalkan pemikiran saintiik, adakah elemen-elemen asas pemikiran saintiik Ibn al- Haytham sama seperti falsafah logical-positivism itu? Bagaimanakah pula pandangan Islam terhadap pemikiran saintiik beliau? Oleh itu, makalah ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap beberapa karya Ibn al-Haytham untuk menjawab persoalan-persoalan tersebut. Perbincangan dalam makalah ini disusun dalam tiga bahagian. Pertama, perbincangan mengenai keperluan falsafah sains yang bersepadu. Kedua, pengenal pastian elemen-elemen asas pemikiran saintiik Ibn al-Haytham. Ketiga, penganalisisan dari konteks teori ilmu pengetahuan Islam dan Barat. Hasilnya, makalah ini mendapati empat elemen asas iaitu penggunaan pancaindera, akal, keupayaan intuisi dan pegangan kepada sunnatullah alam terkandung dalam falsafah sains Ibn al-Haytham. Dapat disimpulkan bahawa kesemua elemen ini berada pada landasan epistemologi Islam. Kata kunci: Ibn al-Haytham, falsafah sains, elemen, pemikiran, kesepaduan Abstract This paper aims to identify the underlying elements in Ibn al-Haytham philosophy of science and to analyze it from the Islamic theory of knowledge views. The discourses about the theory of knowledge often debate in contemporary philosophy of science. Moreover, the modern philosophy of science today is based on the logical-positivism philosophy which concerned with the data that may be perceived by the sensations. However, as a Muslim scholar who is the earliest to introduce the scientiic thought, are there any 1 Corresponding author : Mohd Syahmir Alias, School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, email : syahsc90@gmail.com ulum islamiyyah 13.indd 39 5/19/15 4:04 PM