1. KONSEP PERBUATAN JAHAT Definisi Jenayah Dan Perbuatan Jahat Jenayah dari segi bahasa berasal dari perkataan bahasa arab iaitu “jana” yang bermaksud perbuatan salah, dosa atau jahat. 1 Terdapat dua istilah yang biasanya digunakan untuk pengertian yang sama iaitu Jenayah dan jarimah yang merupakan dua istilah yang memberi makna segala perbuatan jahat yang diharamkan syarak sama ada mengenai nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya. Manakala dari segi istilah pula, para fuqaha’ telah memberikan takrifan yang pelbagai. Antaranya, dalam buku Al-tasyri’ Al-Jina’i, Abdul Qadir Audah mentakrifkan jenayah, iaitu “melakukan sesuatu perbuatan atau tinggalan yang dilarang oleh syarak dan yang diperuntukkan bagi tujuan pencegahan hukuman Had atau Takzir”. 2 Bagaimanapun, sesuatu perbuatan atau tinggalan tidak boleh dianggap sebagai jenayah kecuali ia boleh dihukum dengan keseksaan atau ‘uqubah. Terdapat juga pendapat yang diterangkan oleh Muhammad Abu Zahrah, “Apa pun juga jenisnya, jenayah itu merupakan pencabulan terhadap hak masyarakat, atau disebut dalam istilah syariat islam sebagai pencabulan terhadap hak Allah s.w.t. Beliau juga menekankan unsur keseksaan sebagaimana yang ditekankan oleh Abdul Qadir Audah, dimana keseksaan itu juga adalah bertujuan untuk menjamin nilai-nilai 1 Zakaria Abd. Razak, “Niat Jenayah : Suatu Kajian Perbandingan di antara undang-undang jenayah Islam dengan undang-undang jenayah Malaysia ” (Academic Exercise (B.A)., Akademi Islam, Universi Malaya, 1989),1. 2 Abdul Qadir ‘Audah, Tasyri’ Jinai Islam, Juzuk 1 (Qaherah: Maktabah Dar-Turas), 67.