! "#$"%#$%% & ’ () *+ , - . Mohd Farhan Md Ariffin, 1 Khadher Ahmad, 2 Mohd Anuar Ramli, 3 Muhammad Ikhlas Rosele, 4 Mohamad Zaim Isamail, 5 Nor Izati Samsudin, 6 Wan Noor Azila Wan Kamaruzaman 7 ’/ Walaupun zaman terus beredar dek kemajuan global, al(Quran dan karya tafsir dilihat tetap realistik bagi memberi kefahaman kepada umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Al(Quran bukan sahaja membicarakan hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama manusia, malah turut merangkumi perihal dengan makhluk hidup lain. Dalam surah al(Ma’idah (5): 95, secara kasar menyebutkan hubungan antara orang ihram dengan haiwan. Jika diteliti, sebenarnya terdapat beberapa kelompok haiwan dalam Islam yang perlu difahami dalam menilai skop interaksi antara orang ihram dengan haiwan. Antara yang tergolong dalam kategori itu ialah kelompok haiwan perosak. Hal ini penting kerana sudut perbahasan tidak hanya terhad bagi orang ihram, bahkan turut terpakai bagi Muslim lain. Malah, pandangan mufassir berkaitan haiwan perosak amat berbeza dengan pandangan masyarakat kini. Sehubungan itu, kajian ini akan merungkai perbahasan berkaitan berpandukan tafsir pilihan al(Jami’ li Ahkam Quran karya Imam al(Qurtubi dengan memfokuskan analisis terhadap haiwan perosak dari perspektif mufassir dan rumusan fuqaha’ serta aspek hubungannya dengan Muslim. Kajian terhadap 400 orang responden membuktikan persepsi dan kefahaman masyarakat terhadap haiwan perosak masih bercelaru. /, 1 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan Al(Quran & Al(Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. No Tel: 019(2169194 2 Pensyarah (PhD), Jabatan Al(Quran & Al(Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 3 Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 4 Pelajar Pascasiswazah (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 5 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan Syariah & Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 6 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan al(Quran & al(Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 7 Pelajar Pascasiswazah (Sarjana), Jabatan al(Quran & al(Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya