USA, India dan China di Selat Melaka Noraini Zulkifli , PhD candidate Program of International relations and Strategy, Department of History, Politic and strategy, National University of Malaysia, UKM Bangi, ketika_kubersujud@yahoo.com Amerika Syarikat (USA), India dan China merupakan tiga Negara yang mempunyai kepentingan masing- masing di Selat Melaka. Ketiga- tiga negara ini mempunyai sebab yang strategik untuk terus berada di Selat Melaka untuk jangka masa panjang. Tragedi 11/9 telah memberikan satu anjakan baru di dalam sistem keselamatan antarabangsa. Apabila terrorist mensasarkan World Trade Centre (WTC) sebagai subjek untuk dimusnahkan, ia telah menunjukkan bahawa terrorist pada masa ini akan menyerang sesiapa dan di mana sahaja yang dirasakan perlu. Ini kerana apabila mereka menyasarkan WTC di USA, menunjukkan mereka tidak takut dan tidak peduli akan sesiapa yang mereka serang. Tetapi lebih kepada ingin menyampaikan mesej bahawa ia hanyalah satu permulaan kepada tindakan yang lebih radikal. Selepas tragedi tersebut, USA telah merangka strategi keselamatan baru dan ia telah diperluaskan ke seluruh dunia dengan bermatlamatkan " War on Terror" atau peperangan terhadap keganasan. Strategi ini diperluaskan sehingga ke Asia Pasifik dan memberi fokus kepada Selat Melaka memandangkan Selat itu digunakan secara meluas oleh banyak negara. Simon (2011) di dalam artikel The new security environment- implications for American security in the Asia Pasific region menyatakan terdapat dua sebab utama USA begitu mementingkan isu keselamatan Selat ini iaitu dari aspek ekonomi dan keselamatan. Dari aspek ekonomi, Selat Melaka dilihat satu kawasan yang tidak hanya kaya dengan sumber alam tetapi juga merupakan kawasan kapal singgah untuk mengisi minyak, membaiki kapal atau meneruskan perjalanan. Johnson (2009) menerusi artikelnya United States Perspective on the Straits of Malacca and Singapore menyatakan USA mengambil tanggungjawab untuk memastikan perdagangan antarabangsa tidak akan terancam oleh ancaman seperti aktiviti pelanunan dan rompakan serta penyeludupan. Ini kerana jika dilihat kepada statistik jumlah kapal yang melalui Selat Melaka dari tahun 2001 sehingga tahun 2010, sejumlah 666,179 buah kapal telah melalui laluan ini (Jabatan laut 2012). Ini menunjukkan kapal- kapal ini merada di dalam keadaan bahaya jika tahap keselamatan di Selat ini tidak dipertingkatkan.