PENGENALAN Jaran Kepang merupakan perkataan asal kepada kuda kepang dan kuda lumping. ‘Jaran’ yang membawa maksud kuda dalam bahasa Jawa manakala ‘kepang’ pula adalah satu anyaman buluh halus yang dianyam sehingga menjadi bentuk kuda tanpa kaki. Tarian Kuda Kepang(Malaysia) atau lebih dikenali sebagai Tarian Kuda Lumping di Indonesia, merupakan satu tarian yang sering dikaitkan dengan semangat dari makhluk halus. Jika di Malaysia, tarian kuda kepang ini sangat popular di kawasan selatan tanah air iaitu di daerah Batu Pahat, negeri Johor Darul Takzim. Pada zaman dahulu, tarian ini dimainkan untuk mengubati penyakit yang dialami oleh pesakit seperti dirasuk, diganggu makhluk halus(jin) atau untuk menguatkan semangat diri. Berlakunya peredaran zaman dan permodenan negara, tarian asli seperti ini tidak lagi dipandang dan diamalkan oleh generasi baru kerana mereka mengatakan amalan seperti ini syirik dan berbentuk pemujaan. Jika dipandang dari segi positif, kuda kepang merupakan salah satu warisan tradisi turun temurun kita yang paling bernilai. Jika dahulu kuda kepang dipandang sebagai penyembuh penyakit dan hiburan yang berfaedah kepada masyarakat, tetapi kini tidak lagi. Ini kerana, kuda kepang yang masih dimainkan pada zaman metropolitan ini telah banyak berubah. Lebih banyak keburukkanya daripada kebaikanya. Analisis ini akan membincangkan dengan lebih teliti sebab kuda kepang kini telah jauh menyimpang dari kuda kepang yang asli tidak kira dari Indonesia atau Malaysia. SOROTAN KAJIAN LEPAS SEJARAH KUDA KEPANG Ramai yang sedia maklum bahawa kuda kepang merupakan satu warisan seni yang popular di Indonesia dan Malaysia. Kuda kepang pada asalnya berasal daripada negara Indonesia yang dibawa masuk oleh masyarakat Jawa ke Malaysia pada satu zaman dahulu. Mereka datang ke Tanah Melayu tidak dengan tangan kosong, mereka akan bawa sekali budaya yang mereka