I'JAZ AL-QUR'AN I’jaz al-Qur’an merupakan suatu kekuatan dan kehebatan yang dimiliki al-Qur’an untuk melemahkan mereka yang melakukan penentangan ke atasnya. Yang dimaksudkan dengan melemahkan mereka yang melakukan penentangan ke atasnya ialah melemahkan dari sudut spiritual yang mencabul hak dan kedaulatan al-Qur’an seperti mendatangkan sesuatu yang setanding dengan ayat-ayatnya ataupun seumpamanya. Tujuannya ialah untuk menjelaskan bahawa kitab al-Qur’an ini adalah kitab yang sebenar dan Muhamad s.a.w. adalah sebagai pemegang amanah ketuhanan adalah Rasul yang benar . A l-Qur’an dapat digambarkan sebagai sebuah kitab yang mempunyai i’jaznya yang tersendiri dan s ecara umumnya, al-Qur’an telah mencabar sesiapa sahaja dalam kalangan manusia dan jin agar mereka dapat berkumpul membuat sebuah kitab yang sama dengan al-Qur’an, tetapi sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang mampu menyahut cabaran itu. Firman Allah Ta’ala: ِ آنْ رُ قْ ا الَ ذَٰ هِ لْ ثِ مِ وا بُ تْ َ يْ نَ ٰ ىَ لَ ع نِ جْ الَ وُ سْ ن اِ تَ عَ مَ تْ اجِ نِ َ لْ لُ قً يرِ هَ ظٍ ضْ عَ بِ لْ مُ هُ ضْ عَ بَ انَ كْ وَ لَ وِ هِ لْ ثِ مِ بَ ونُ تْ َ ي ا[ 1 ] Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berkumpul dengan tujuan untuk mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al-Qur’an, nescaya mereka tidak akan dapat melakukannya, sekalipun mereka semua saling bantu-membantu sesama sendiri”. Maka sehingga kini segala dakwaan, tuduhan dan pelbagai rupa bentuk tohmahan ke atas kebenaran al-Qur’an tidak dapat dibuktikan oleh golongan penentang. Al-Qur’an tetap unggul dengan ayat-ayatnya dan surah-surahnya sepertimana yang diterima oleh Nabi s.a.w. dari Allah Ta’ala. Allah Ta’ala: