Global Media Journal – Malaysian Edition Volume 3, Issue 2, 2014 ISSN : 2231-9948 69 Faktor Pencetus Perilaku Pencarian Maklumat Produk Halal Dalam Kalangan Keluarga Islam Siti Zanariah Haji Yusoff Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. sitizanariah_yusoff@yahoo.com Nor Azura Adzharuddin, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. noraz@fbmk.upm.edu.my Jusang Bolong, Ph.D Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Malaysia. jusang@fbmk.upm.edu.my Abstrak Keperluan maklumat merupakan keperluan kognitif bagi setiap individu dalam keluarga. Aktiviti pencarian maklumat merupakan perkara asas dalam perkongsian maklumat terutama dalam konteks kecelaruan maklumat produk halal di pasaran. Kertas kerja ini akan menumpukan kepada faktor yang mencetuskan perilaku pencarian maklumat produk halal dalam keluarga Islam memandangkan ia hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan masyarakat kerana ia melibatkan hukum hakam agama. Kertas kerja ini juga memerihalkan faktor-faktor yang boleh diberi perhatian sebagai faktor pencarian maklumat produk makanan halal dalam kalangan keluarga Islam. Kata kunci: pencarian maklumat, produk halal, keluarga Islam, tahap keagamaan, sikap.