1 PERANAN WANITA DALAM INSTITUSI KELUARGA Ismahalil Ishak 1.0 PENDAHULUAN Wanita merupakan golongan yang memainkan fungsi yang penting di dalam sesebuah struktur masyarakat. Fungsi tersebut merujuk kepada melangkaui peringkat negara mahupun di peringkat unit terkecil di dalam sesebuah masyarakat iaitu institusi keluarga. Pengiktirafan ini dapat dilihat menerusi satu proses yang telah bermula sejak berabad-abad dahulu di mana terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang terdapatnya keperluan oleh golongan wanita dalam bersama-sama memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk bersama-sama golongan lelaki. Menurut pakar antropologi Perancis iaitu Claude Levi-Strauss, keluarga merujuk kepada sebuah organisasi yang terdiri daripada struktur yang nyata (manifest) iaitu merangkumi proses perkahwinan, terdiri daripada suami dan isteri serta masing-masing melaksanakan fungsi mereka yang tersendiri (Coser 1974) Fungsi manifest di sini merujuk kepada fungsi nyata yang dimainkan oleh suami, isteri, anak-anak serta ahli-ahli di dalam sesebuah keluarga tersebut. Dalam konteks peranan nyata seorang wanita di dalam keluarga, peranan golongan ini merupakan antara tunjang penting dalam memastikan keharmonian keluarga. Menurut Rahimah (2003).Peranan ini boleh dilihat di hampir keseluruhan bentuk masyarakat dan budaya di mana antara fungsi wanita dalam keluarga adalah menjaga keperluan suami, pengurusan isi rumah dan mendidik anak-anak Peredaran masa dan zaman telah banyak merubah peranan wanita di dalam institusi kekeluargaan. Konteks modenisasi, urbanisasi dan globalisasi telah membawa banyak kepada perkembangan dan pengaruh di dalam masyarakat industri antara elemen penting yang membawa kepada perubahan landskap peranan wanita dalam keluarga. Dalam membincangkan peranan wanita dalam keluarga, perubahan telah berlaku pada peranan wanita sebagai isteri di dalam rumahtangga moden hari ini. Secara tradisional, peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-ehwal rumahtangga dan keluarga tetapi dengan