JEBAT 34 (2007) 29-48 29 ROHANI ABD. GHANI SITUASI DALAMAN INDONESIA MENJELANG KUDETA 30 SEPTEMBER 1965 1 1 Artikel ini merupakan sebahagian daripada tesis Ijazah Doktor Falsafah penulis yang bertajuk “Dasar British terhadap Indonesia 1945-1967.” Tiga elemen utama yang menentukan senario politik Indonesia menjelang peristiwa kudeta 30 September 1965 iaitu Sukarno, tentera dan Parti Komunis Indonesia (PKI). Persaingan kuasa di antara tentera dan PKI sebenarnya dimulakan oleh Presiden Indonesia yang menggunakan kedua-dua pihak ini untuk mengimbangi kekuasaannya. Bagi pihak tentera dan PKI, sebarang keadaan yang berlaku ke atas Presiden merupakan penentu kepada masa depan kekuasaan mereka di Indonesia. Artikel ini membincangkan tentang situasi dalaman Indonesia seperti keadaan politik dan masalah kesihatan Sukarno yang memberikan dampak terhadap perkembangan politik dalam era terakhir kekuasaan beliau di Indonesia. Sebahagian besar perbincangan menjurus kepada persepsi British terhadap perkara di atas yang berasaskan kepada kepentingan strategi menentang komunisme dan menamatkan konfrontasi Malaysia Indonesia. Sumber utama artikel ini berdasarkan kepada rekod-rekod rasmi British yang dirujuk di National Archive, Kew, London. Katakunci : Indonesia, Politik, Kudeta The three major elements determining the development of the Indonesia coup d’etat 30th of September 1965 were Sukarno, military and the Communist Party of Indonesia (PKI). The power competition between the army and PKI to some extent was attributable to President Sukarno, who sought to use each side to balance and counter-check one another. On the part of the military and PKI, they saw the President as a key factor to the future power design in Indonesia. This article discusses the impact of internal situation such as domestic politics and Sukarno’s health problem on Indonesia’s political development. The discussion also touches upon the British strategy to combat communism and to end the Konfrontasi between Malaysia and Indonesia. The paper relies primarily on British official records from the National Archive, Kew, London. Keywords : Indonesia, Politics, Coup d’etat.