USAHA ISLAH DAN TAJDID SYED SYEIKH AL-HADI MENERUSI KARYA "HIKAYAT FARIDAH HANUM" Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Bahasa Arab Dan Sastera) Kuliyyah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hafizulfaiz92@gmail.com Abstrak Hikayat Faridah Hanum dianggap sebagai novel pertama Melayu yang memperkenalkan genre sastera moden dengan saduran yang teliti oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Selain daripada pengkhususan kajian kepada ciri-ciri karya sastera Islami yang ada atau tiada di dalam novel ini, kritikan masyarakat dalam nada yang lebih kontemporari dan serapan dari pemikiran tokoh- tokoh gerakan Islam Timur Tengah, kajian ini juga menjurus kepada usaha islah dan tajdid penulis dengan meneropong jauh kepada nasihat-nasihat halus penulis di sebalik setiap babak dan juga estetika bahasanya malah kesannya yang mendalam terhadap masyakarakat Melayu. Kata kunci: Sastera Islami, Islah, Tajdid, Hikayat Faridah Hanum, Syed Syeikh al-Hadi Islah dan Tajdid: Beberapa Pendefinsian John L. Esposito di dalam sebuah jurnal yang telah diterjemahkan oleh Bakri Siregar meletakkan konsep islah dan tajdid sebagai suatu sikap kritis terhadap modernisasi masyarakat (Esposito, 1987). Perkataan islah atau Sālah yang berulang kali terangkum di dalam al-Quran 1 umumnya tidak subjektif sebaliknya dimaksudkan dengan kebendaan dan sesuatu yang dapat jelas dilihat dengan mata. Pada asalnya ia membawa maksud pendamaian antara dua pihak yang bergaduh (Yasyin, 1997). Secara linguistik, Islah atau Sālah adalah kata lawan bagi perkataan 2 fasād yang membawa erti kerosakan. Umumnya, Islah bererti proses mendamaikan kerana berasal dari cambahan áslaha yang bermaksud mendamaikan. Istilah ini juga memerlukan maf'ùlun bih iaitu apa yang dibuat. Islah secara konklusif membawa maksud memperelokkan sesuatu yang rosak dan menjadikannya baik dan berfungsi. Maka, sampai kepada pendefinisian ini perkataan Islah akan kurang maknanya tanpa jawapan menjadikannya baik seperti apa? dan perkataan Tajdid datang sebagai kelengkap makna Islah itu sendiri. John L. Esposito, Dinamika Kebangunan Islam Watak, Proses, dan Tantangan, terj Bakri Siregar, (Jakarta 1 PT:Rajawali, 1987) hlm 22. Sulchan Yasyin, Kamus Lengkap Bahasa Indonesia, Surabaya: Amanah, 1997 2 1