59 The Scientific Values of Malaysian Herbal Products IBRAHIM JANTAN ABSTRAK Kertas kerja ini cuba meneliti nilai sebenar produk herba Malaysia dalam aspek kualiti, keselamatan dan efikasi sebagai agen penyembuh penyakitF Ia juga akan mengenal pasti daya penggerak di belakang kecenderungan yang kuat masyarakat umum terhadap perubatan herba sebagai alternatif atau komplementari kepada ubatan konvensionalF Kebanyakan produk herba di pasaran Malaysia tidak disediakan maklumat yang mencukupi ke atas ramuan, penggunaan, dos, farmakologi, kontraindikasi dan kesan samping yang dijangkaF Kebanyakan maklumat yang diterbitkan ke atas produk berkaitan bukti keselamatan dan keberkesanan tidak disokong dengan bukti saintifikF Amalan masa kini perubatan tradisional masih bergantung dengan banyaknya pada maklumat yang didapati menerusi pengalaman etnofarmakologiF Walau bagaimanapun pasaran produk herba sedang mengalami pertumbuhan yang sangat besar dan terdapat peningkatan haluan menggabungkan terapi herba ke dalam amalan perubatan moden oleh ramai ahli profesional kesihatanF Malangnya populariti produk herba lebih berkaitan dengan sikap konsumer dan kebolehan saudagar herba mempengaruhi daripada nilai kualiti sebenarnya sebagai agen medisinalF Ramai orang diekploitasi kerana jahil ke atas nilai sebenar herba sebagai agen terapeutikF Ia mengecewakan terutamanya apabila media popular, literatur promosi dan rancangan berbicara oleh individu mempromosi penipuan diberi publisiti yang meluasF Lebih buruk lagi ialah ramai individu terlatih dalam sains kesihatan mempromosi kepalsuanF Ini seringkali menyebabkan konsumer dengan tanggapan bahawa pihak berwajib tidak melarang penyalahgunaan produk herbaF Oleh itu adalah penting bagi ahli farmasi dan perubatan dilatih dalam perubatan herba tradisional supaya mereka boleh mendidik orang awam tentang manfaat, kualiti, keselamatan dan penggunaan produk herba secara betulF Kata kunci: Produk herba Malaysian, nilai saintifik, kualiti, keselamatan, efikasi, ubatan berasaskan sains, kepalsuan Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1) 2006: 59-70