International Journal of Administration and Governance, 1(8) Special 2015, Pages: 1-8
IWNEST PUBLISHER
International Journal of Administration and
Governance
(ISSN 2077-4486)
Journal home page: http://www.iwnest.com/AACE/
Corresponding Author: Suzanah Binti Etin, Suzanah Binti Etin, Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Universiti
Malaysia Sabah, Jalan Ums, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan Sumber Pesisir Pantai Di Teluk
Mengkabong Tuaran, Sabah
1
Suzanah Binti Etin,
2
Mustapa Abd. Talip and
3
Kadir Bin Jaafar
1
Suzanah Binti Etin, Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan Ums, 88400
Kota Kinabalu, Sabah.
2
Mustapa Abd. Talip, Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan Ums, 88400
Kota Kinabalu, Sabah.
3
Kadir Bin Jaafar, Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan Ums, 88400
Kota Kinabalu, Sabah.
ARTICLE INFO ABSTRACT
Article history:
Received 13 June 2015
Accepted 5 August 2015
Available online 12 August 2015
Keywords:
Kata Kunci: Pengurusan Sumber
Pesisir Pantai, Penglibatan Komuniti.
Penyelidikan ini membincangkan tentang peranan komuniti dalam pengurusan sumber
pesisir pantai. Pada tahun 1996, projek Integrated Coastal Zone Management (ICZM)
telah dijalankan di negeri Sabah. Kesimpulan daripada projek tersebut, kurang
kesedaran dan penglibatan komuniti merupakan antara kelemahan dalam pengurusan
pesisir pantai di negeri Sabah. Berdasarkan pada isu tersebut, satu objektif kajian telah
digariskan dalam penyelidikan ini iaitu mengenal pasti tahap penglibatan komuniti
dalam pengurusan sumber pesisir pantai di Teluk Mengkabong. Penyelidikan ini
mengaplikasikan teori Lapan Tangga Penglibatan Arnstein bagi mengklasifikasikan
tahap penglibatan komuniti. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidikan ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan memilih kaedah tinjauan untuk tujuan
mengutip data. Data lapangan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For
The Social Sciences (SPSS) dan analisis deskriptif merupakan analisis utama dalam
penyelidikan ini. Hasil penyelidikan menunjukkan, tahap penglibatan komuniti dalam
pengurusan sumber pesisir pantai di Teluk Mengkabong berada pada tahap penglibatan
Manipulasi iaitu tangga pertama dalam Lapan Tangga Penglibatan Arnstein.
Kepentingan penyelidikan ini dapat dilihat dalam aspek mengklasifikasikan tahap
penglibatan berdasarkan teori Lapan Tangga Penglibatan Arnstein. Kesimpulannya,
perlunya satu mekanisme bagi meningkatkan peranan komuniti dalam pengurusan
sumber pesisir pantai dan dalam masa yang sama mencari potensi ekonomi lain bagi
menggelakkan kebergantungan kepada sumber sedia ada di Teluk Mengkabong.
© 2015 IWNEST Publisher All rights reserved.
To Cite This Article: Suzanah Binti Etin, Mustapa Abd. Talip and Kadir Bin Jaafar., Penglibatan Komuniti Dalam Pengurusan Sumber
Pesisir Pantai Di Teluk Mengkabong Tuaran, Sabah. Int. J. Adm. Gov., 1(8), 1-8, 2015
INTRODUCTION
1.1 Pendahuluan:
Secara umumnya, pesisir pantai merupakan kawasan pertemuan antara daratan dan lautan. Garis pertemuan
antara daratan dan lautan ini kerap berubah disebabkan sifatnya yang dinamik [22]. Di bahagian darat, ia
meliputi kawasan kering dan basah yang masih dipengaruhi oleh proses-proses semula jadi lautan seperti pasang
surut, angin dan penyerapan air masin [7]. Di Malaysia, kawasan pesisir pantai meliputi kawasan 5km ke
sebelah darat (back shore) dan 16.1 km nautika ke sebelah laut pada paras purata air pasang perbani ( shore
front). Kawasan-kawasan di sebelah darat termasuk sungai dan rizab air hingga ke kawasan yang masih
dipengaruhi oleh air masin [11];[16]. Ia termasuklah pantai, kawasan perikanan dan taman-taman laut. Bagi
kawasan laut, kawasan pantai atau ekosistem lautan yang telah ditambak sejak tahun 1957 juga masih
ditakrifkan sebagai kawasan pesisir pantai [16]. Pantai merupakan ekosistem yang dinamik dan kaya dengan
pelbagai sumber yang banyak memberi sumbangan kepada manusia. Bagaimanapun, isu sumber pantai
merupakan isu yang hangat dibincangkan pada masa kini kerana kemerosotan kualiti dan kuantiti sumber
tersebut akibat daripada ancaman fenomena semula jadi dan aktiviti manusia. Oleh itu, pengurusan yang
sistematik dan seimbang perlu diwujudkan dengan mengambil kira semua peranan pihak berkepentingan
termasuk komuniti pantai kerana mereka merupakan pengguna langsung kepada sumber tersebut. Pengurusan