ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 259 KE ARAH PEMBANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI WAKAF: KAJIAN DARI ASPEK PERUNDANGAN TANAH NEGARA Rohayati Hussin 1 Rusnadewi Abdul Rashid 2 Noor Inayah Yaakub 3 Abstrak Kanun Tanah Negara 1965 menjadi asas rujukan di samping undang-undang lain berkaitan tanah termasuklah urusan berkaitan tanah wakaf. Ini kerana tiada undang- undang khas berkaitan pengurusan tanah wakaf walaupun telah wujud enakmen wakaf di beberapa buah negeri. Asas kepada sesuatu pembangunan adalah bermula di atas tanah. Oleh itu, isu mengenai pembangunan tanah wakaf sentiasa menjadi perhatian dan perbahasan pelbagai pihak. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) wakaf pula merupakan salah satu alternatif pembangunan tanah wakaf ke arah merealisasikan pembangunan keilmuan dalam arus perdana globalisasi negara supaya peluang pendidikan ini turut dikecapi oleh semua golongan masyarakat tanpa batasan. Sejajar dengan itu, pentingnya peruntukan perundangan berkaitan tanah diketahui agar penubuhan dan pembangunan IPT wakaf dapat dilestarikan. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengupas dua isu perundangan tanah yang penting berkaitan IPT wakaf iaitu aspek pendaftaran dan pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri. Berteraskan kepada kajian kualitatif yang menggunapakai kaedah analisa kandungan (content analysis), artikel ini diharap dapat memberi pendedahan tentang peranan perundangan tanah negara yang memberi kesan kepada pembangunan dan kelestarian IPT wakaf. Kata Kunci: Kanun Tanah Negara 1965; tanah wakaf; Institusi Pendidikan Tinggi Wakaf; pembangunan. 1 Pelajar PhD, Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam : roha427@kedah.uitm.edu.my 2 Pensyarah Kanan (Dr), Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA Perlis : rusnadewi@perlis.uitm.edu.my 3 Prof Dato’ Dr, Universiti Islam Malaysia: inayah@uim.edu.my