1 1.0 DEFINISI Kepimpinan dapat ditakrifkan dengan pelbagai takrifan yang berbeza mengikut pandangan sarjana yang tertentu. Menurut Razaleigh Muhamat @ Kawangit 1 terdapat beberapa definisi bagi kepimpinan antaranya ialah: i. Usaha untuk mempengaruhi individu atau sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif tertentu. ii. Tingkahlaku individu apabila dia sedang mengarah aktiviti kumpulan ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama. iii. Seni menyusun hubungan antara individu dengan beberapa kumpulan yang mengarah mereka ke arah sesuatu matlamat yang dirancangkan. Kepimpinan juga adalah sejenis tingkah laku yang bertujuan mempengaruhi individu-individu lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela melakukan apa yang dikehendaki oleh individu yang memimpin 2 . Dalam pandangan yang lain, kepimpinan ditakrifkan sebagai satu cara mengorganisasikan kegiatan manusia melalui pemusatan kuasa untuk mencapai matlamat kehidupan masyarakat 3 . Kepimpinan merupakan satu “seni‟ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya 4 . Dalam Islam, kepimpinan merupakan satu aspek yang penting dan mencakupi dalam setiap bidang. Kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang berat dan bukan sahaja terbatas kepada pihak yang berkuasa bahkan kepada setiap individu yang mukallaf seperti yang telah dirakamkan di dalam hadith sohih Muslim: 1 Razaleigh Muhamat @ Kawangit, 2010, h. 58-59. 2 Ainon Mohd, 2003, h. 11. 3 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2001, h. 21-22. 4 Dahari Derani, 2010, h. 18