PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ZAMAN PENDUDUKAN JEPUN Pendudukan Jepun selama lebih tiga tahun (1942-1945) telah meninggalkan banyak kesan ke atas kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Layanan berbeza-beza yang diberikan kepada kaum-kaum di negara ini telah melahirkan bentuk semangat nasionalisme yang berbeza di kalangan mereka. Nasionalisme Orang Melayu Bagi orang-orang Melayu, era pendudukan Jepun telah memberikan erti yang besar dalam perkembangan semangat kebangsaan. Dalam erti kata lain, pendudukan Jepun telah menyuburkan kesedaran orang Melayu dalam perkara ini. Faktor utama yang mendorong kepada perkembangan ini ialah langkah Jepun yang telah memberikan peluang kepada anak-anak Melayu menceburi dalam bidang pentadbiran telah memberikan keyakinan kepada mereka mengenai keupayaan untuk mentadbir tanah air sendiri. Peluang-peluang ini merupakan perkara yang tidak mereka perolehi semasa pemerintahan Inggeris dahulu. Pendudukan Jepun telah menamatkan tradisi kepercayaan bahawa kuasa-kuasa Barat merupakan kuasa yang tidak boleh dikalahkan. Ini telah menyemarakkan lagi kebangkitandan kesedaran kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu. Langkah pertama pendudukan Jepun yang membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan orang Melayuialah dengan membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakan oleh Inggeris dan memulihkan kembali KMM di bawah pimpinan IbrahimYaacob. KMM kemudiannya telah diharamkan oleh Jepun pada tahun 1942 apabila disyaki mengadakan hubungan sulit dengan MPAJA. Jepun telah menubuhkan PETA ( PembelaTanah Air ) bagi menarik perhatian orang-orang Melayu. Anggotanya terdiri daripada bekas pegawai