Tradisi Intelektual Melayu-Islam: Daripada Metafora Kepada Saintifikisme OTHMAN MD. YATIM ZAINAL ABIDIN BORHAN RAHIMIN AFFANDI ABD. RAHIM NOR HAYATI BT MD DAHLAL NORHIDAYAH MOHD PAUZI ABSTRAK Makalah ini berusaha menonjolkan proses dinamika tradisi intelektual Melayu-Islam dalam menangani persoalan kehidupan. Sumber analisis adalah terdiri daripada pepatah petitih dan pengamatan terhadap realiti kehidupan Melayu-Islam zaman silam dan kontemporari. Dibahaskan bahawa tradisi intelektual Melayu-Islam mengalami dinamika yang berbeza sama sekali daripada tradisi intelektual Barat. Sementara tradisi intelektual Barat berkembang dalam paradigme Sekularisme, tradisi intelektual Melayu-Islam pula bertitik- tolak daripada pengamatan mendalam terhadap alam yang kemudiannya disaring oleh penghayatan berteraskan wahyu (al-Quran dan al-Hadis). Hasil saringan itu diungkapkan dalam bentuk metafora yang disebut pepatah petitih itu. Berlandaskan paradigme inilah berlakunya saintikisme dalam peradaban Melayu-Islam. Ini membawa natijah yang berbeza daripada dua Barat. Sementara dinamisme intelektual Barat membawa kerosakan, dinamisme intelektual Melayu-Islam pula membawa kebaikan, baik kepada manusia mahupun alam. Kata Kunci: tradisi intelektual, kedinamika, ontologi, epistemologi dan aksiologi ABSTRACT This paper seeks to highlight the dynamics process of Malay-Islamic intellectual tradition in dealing with life issues. The analysis is based on Malay traditional proverbs (pepatah petitih) and general observation upon the reality of Malay- Islamic way of life in the past and contemporary. It is argued that the Malay- Islamic intellectual tradition has undertaken different path from the Western intellectual tradition. Whilst the Western intellectual tradition evolved out from Secularism paradigm, the Malay-Islamic tradition on the other hand departed from a deep perception of nature which then being puried by internalization of revelation (al-Quran and al-Hadis). The outcome from this purication had been conceptualized in the form of metaphorical proverbs, vis., pepatah petitih. It has been from the virtue of this paradigm that the scienticism in the Malay-Islamic civilization occurred. This had brought different outcome from the Western Jurnal Melayu (6) 2011: 73-85