Media Pengajaran Masa Depan - Augmented Reality: Tahap Kesedaran Guru JQAF (Future Teaching Media - Augmented Reality: JQAF Teachers' Awareness) Norabeerah Saforrudin (Pengarang Penghubung) Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Tel: +6012-3035624 E-mail: norabeerah@gmail.com Halimah Badioze Zaman Institut Visual Informatik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Tel: +603-89216349 E-mail: hbzukm@yahoo.com Azlina Ahmad Institut Visual Informatik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Tel: +6019-3946765 E-mail: azlinaukm@gmail.com Abstrak Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran dan persepsi guru JQAF terhadap penggunaan teknologi augmented reality (AR) dalam pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif dengan kaedah kajian kes, manakala data dikumpul menggunakan teknik temu bual yang melibatkan 46 orang guru JQAF yang berkursus Diploma Perguruan semasa cuti sekolah di salah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Zon Tengah, Malaysia dengan menggunakan protokol temu bual berstruktur. Informan telah ditunjukkan satu demonstrasi aplikasi AR yang disediakan oleh penyelidik dan tayangan video pengaplikasian AR dalam pendidikan sebelum ditemu bual. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian nVivo. Hasil kajian menunjukkan, tahap kesedaran guru JQAF terhadap penggunaan AR dalam pendidikan adalah rendah (10%). Namun begitu mereka memberi persepsi yang amat positif terhadap penggunaan AR dalam pendidikan terutama bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Kelebihan AR dilihat sebagai media pengajaran yang boleh menampung lompang bagi media pengajaran sedia ada. Kata kunci: augmented reality, media pengajaran, JQAF, Pendidikan Islam, visual informatik Abstract The purpose of this study was to identify the level of awareness and perception of JQAF teachers towards the deployment of augmented reality (AR) in education. Qualitative approach with case study method was used in this study. Data was collected using interview technique involving 46 JQAF teachers, who attended Diploma in Education course during school holidays in one of Teacher Training Institute in Central Zone, Malaysia by using structured interview protocol. Demonstration of the AR application prepared by researcher and video related to the application of AR in education was showed to them. Qualitative data was analyzed using nVivo software. Findings showed that JQAF teachers have low in awareness level towards AR application in education (10%). But they gave very positive perception on the use of AR in education especially in Islamic Study subject. The specialty of AR enable to fulfil the gap that other instructional disable. Keywords: augmented reality, instructional media, JQAF, Islamic Study, visual informatics Norabeerah, S., Halimah, B. Z., & Azlina, A. (2012, 11 - 12 September 2012). Future Teaching Media - Augmented Reality: JQAF Teachers' Awareness (Media Pengajaran Masa Depan - Augmented Reality: Tahap Kesedaran Guru QAF). Paper presented at the World Conference on Islamic Thought & Civilization 2012: Contemporary, Challenges and Realities, Ipoh.