Tajuk kajian Pembelajaran kooperatif dan keberkesanannya terhadap pencapaian akademik pelajar BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman ataau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga adalah salah satu proses sepanjang hayat untuk memindahkan maklumat dan pengalaman kepada pengetahuan, kemahiran, sikap dan kelakuan. Pembelajaran berlaku apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman. Pengalaman ini pula digunakan untuk tindakan seterusnya. (Ee Ah Meng, 2006). Pembelajaran juga boleh didefinisikan sebagai perubahan pengetahuan, kefahaman, kepakaran dan sikap yang diperolehi menerusi pengalaman dan refleksi daripada pengalaman tersebut. Pengalaman boleh diambil daripada sifat berstruktur dan tidak berstruktur iaitu secara kursus dan pakej pembelajaran dan sekadar mengimbas bahan atau pembelajaran bersahaja dengan rakan-rakan. Selain itu, maklum balas daripada orang lain juga akan memperkukuhkan lagi pengalaman dan refleksi seseorang pelajar serta akan mempercepatkan pembelajaran ( Awang Ideris, 2001; Schmidt et al. ,1990). Pembelajaran kooperatif adalah pembelajaran secara berkumpulan yang kecil dan aktif yang berpusatkan kepada pelajar. Pembelajaran kooperatif di definisikan sebagai proses pengajaran ‘learner-centered’ di mana sekumpulan kecil terdiri daripada tiga hhingga lima orang pelajar saling bergantungan tentang tugas yang telah diarahkan. Setiap pelajar perlu