Definisi Sukan Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Takrifan sukan Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar,dan televisyen diberikan kepada sukan. Sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut. Sukan ialah aktiviti yang mengandungi: Latihan kemahiran berguna secara rekreasi. Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya. Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah: Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom. Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya. Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya Definisi perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Definisi integrasi Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok- kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri.Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka. Jenis-jenis sukan Lumba dibantu manusia (berbasikal,mendayung,...) tenaga manusia (lumba lari,renang,... ) tenaga luar (perahu layar,F1,...) Lawan pasukan (bola sepak,ragbi,hoki,bola keranjang, ...) gelanggang (tenis,badminton,bola tampar,...) kombat (gusti, judo,karate,lawan pedang,tinju,taekwando,silat olahraga...)