***SINOPSIS*** Maharaja Indera Dewa berang dengan kejayaan Marakarma membina negeri dengan kuasa hikmat, lalu mengisytiharkan perang. Pertempuran bersemuka berlaku mengikut darjat, misalnya menteri dengan menteri dan hulubalang dengan rakyat. Akhirnya, Maharaja Indera Dewa tinggal seorang, lalu cuba diusir oleh Markarma, tetapi dibalas dengan sindiran tajam. Maharaja Indera melepaskan anak panah tetapi sipi. Kemudian, mereka bertarung kesaktian dan langsung bertikam. Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera yang sempat berpesan menitipkan Tuan Puteri Nila Cahaya yang manja kepada Marakarma. Melihat kedua-dua orang tuanya mati, Puteri Nila cuba membunuh diri, tetapi dapat dihalang. Isteri Marakarma terkejut melihat adiknya yang sudah lama tidak ditemui, Raja Bujangga Indera menghadap suaminya. Berita pertemuan dua beradik itu disampaikan kepada ayahanda mereka, Maharaja Malai Kisna menerusi seorang hulubalang uang pantas berjalan. Raja Bujangga Indera dijodohkan dengan Tuan Puteri Nilai Cahaya dan dirajakan di negeri Anta Beranta. Pesta perkahwinan dan pertabalan itu memakan masa 40 hari 40 malam. Maharaja Malai Kisna menerima menghadap hulubalang pantas berjalan dan mendengar bacaan surat anakandanya, Raja Bujangga. Sejurus selepas itu, Marakarma, menantu baginda pun tiba, lalu disambut denagn segala adat kebesaran istana. Pesta memandikan TPC Khairani (sebagai tanda syukur penemuannya) dilangsungkan selama 40 hari 40 malam juga. Pesta menunjukkan kesaktian dan perarakan panca persada tujuh tingkat untuk Marakarma dan TPC Khairani ialah antara upacara pertabalan Maharaja Marakarma menggantikan kedudukan mertuanya itu. Sesudah itu, saban tahun sekalian raja datang membawa bingkisan untuk Marakarma. ***TEMA*** 1)Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja Contoh : Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. ***PERSOALAN*** 1)Keberanian untuk menempuh cabaran. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. 2)Kebijaksanaan dalam tindakan. Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut. 3)Penderitaan tidak semestinya berkekalan. Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera. ***WATAK DAN PERWATAKAN*** WATAK UTAMA Maharaja Marakarma PROSA TRADITIONAL –