1 RAWATAN KESIHATAN BERASASKAN PERUBATAN ALTERNATIF ISLAM: PERSEPSI MASYARAKAT DI MALAYSIA Mohd Farhan Md. Ariffin Khadher Ahmad Muhammad Ikhlas Rosele Mohamad Zaim Ismail (Malaysia) Abstrak Populariti dan aplikasi metodologi berasaskan Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia, jelas berpengaruh dalam mencorakkan pola polisi kesihatan awam semasa di Malaysia. Perkembangannya diakui memberikan impak positif kepada penurunan masalah kesihatan dalam komuniti. Walau bagaimanapun, sehingga kini kewujudan "data asas" berhubung dengan perkhidmatan rawatan alternatif amat terhad dan menjadi keperluan mendesak untuk menyediakannya. Hal ini penting bagi memahami corak rawatan alternatif yang diguna pakai di Malaysia. Oleh itu, makalah ini akan membahaskan perubatan alternatif berteraskan Islam yang merupakan sebahagian daripada PTK. Fokus diberikan berkaitan dengan persepsi masyarakat terhadap skop khidmat rawatan yang disediakan di pusat-pusat rawatan alternatif seluruh Malaysia. Berdasarkan edaran borang soal selidik berstruktur kepada para pesakit yang mengunjungi pusat rawatan alternatif Islam di Malaysia, analisis dilakukan dengan mengguna pakai metode induktif, deskriptif dan kuantitatif berasaskan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 16.0. Rumusan kajian mendapati perubatan alternatif berteraskan Islam lebih berperanan kepada masyarakat Muslim di Malaysia berbanding dengan perubatan alternatif jenis lain. Permintaan terhadap khidmat rawatan perubatan alternatif berteraskan Islam di Malaysia didorong oleh dua faktor; (1) masyarakat cenderung memilih cara rawatan alternatif didorong rasa tidak puas hati dengan kaedah rawatan konvensional; (2) masalah spiritual yang menjadi tumpuan rujukan utama pada perubatan alternatif berteraskan Islam. Selain itu, terdapat beberapa aspek lain yang dinilai sebagai sederhana dan lemah yang memerlukan usaha lanjutan semua pihak. Hasil penelitian ini berguna sebagai usaha memahami pemikiran masyarakat Malaysia berhubung dengan perubatan alternatif Islam sesuai dengan keperluan kini. Kata kunci: PTK, perubatan alternatif berteraskan Islam, perkhidmatan kesihatan, persepsi masyarakat, salah faham Abstract The popularity and the application of the methodology based on Complementary and Alternative Medicine (CAM) that are widely used among the society, especially in Malaysia, are obviously influential in shaping the current pattern of public health policy in Malaysia. This development recognizes the given positive impact on the reduction of health problems in the community. However, the existence of a “database” relating to the alternative care services is very limited and is becoming a necessity that needs to be provided. It is important to understand the patterns of alternative treatments in Malaysia. Thus, this paper will discuss the Islamic alternative medicine as part of CAM. The focus given is related to the public perception towards the scope of treatment services available in the alternative treatment centre throughout Malaysia. Based on the distribution of structured questionnaire forms to patients who visited the Islamic alternative medicine centre in Malaysia, an analysis has been