Kepimpinan dan Profesionalisme Guru IPG Ilmu Khas, Kuala Lumpur Katerina Kelimah Anak Boniface Intang 1 1. Berupaya Memimpin Perubahan di Sekolah di mana Guru Bertugas Sekolah sebagai institusi masyarakat adalah sumber rujukan dan contoh teladan yang baik, Oleh yang demikian, kepimpinan yang berkualiti adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan ataupun organisasi seperti sekolah dalam memimpin masyarakat. Kepimpinan yang cekap dan memenuhi kriteria-kriteria kepimpinan dapat mewujudkan suasana kepuasan bekerja yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian matlamat dengan lebih cemerlang. Perubahan paradigma dari pengurusan yang bersifat tradisional kepada sifat kepimpinan sejagat. Misalnya, kepimpinan guru bukan sahaja dapat melahirkan insan yang lebih berkarisama yang menjadi pemangkin pencapaian cemerlang malah menjadi penggerak kepada pelajar menjadi lebih cemerlang dan terbilang dalam mencapai kepuasan optimum sebagai seorang insan. Pemimpin yang berkesan seperti guru sering berhadapan dengan dasar-dasar negara, tanggungjawab yang besar dan mencabar perlu mentadbir serta memimpin orang-orang di sekelilingnya dan dirinya dengan corak kepimpinan yang jitu bagi memartabatkan lagi profesion perguruan yang mulia ini. Pada era yang moden ini, peranan guru sebagai ‘pemimpin’ dalam pendidikan amat ketara kerana pengaruh mereka tidak terbatas di dalam bilik darjah sahaja. Dalam kalangan guru terdapat jurulatih utama mata pelajaran, ketua bidang, guru kanan, penggubal dan penyemak kurikulum, guru mentor, guru dalam kajian tindakan dan peranan-peranan lain kepimpinan pendidikan. Konsep kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di mana guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) mempunyai atau diberi peluang untuk memimpin (Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001). Ciri-ciri guru yang berupaya memimpin perubahan di sekolah ialah mereka ingin menyumbangkan kepakaran mengajar kepada golongan pelajar yang lebih luas dan di luar ruang lingkuan pelajar yang diajar oleh mereka. Pemimpin ialah guru biasa tetapi mampu membimbing atau mendorong guru lain untuk bersama-sama berusaha meningkatkan amalan professional dan peringkat pencapaian pelajar. Pemimpin guru tidak menunggu arahan daripada pihak atasan untuk melaksanakan sesuatu inovasi pengajaraan tetapi bijak menggunakan peluang yang ada untuk mempergiat aktiviti p&p dan seterusnya mendapatkan perhatian dan sokongan pihak berkuasa. Menurut Barth (2001), guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Kenyataan ini mencerminkan guru memainkan peranan yang penting secara positif dalam sekolah malah menjurus pada pengertian yang lebih mendalam guru adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk warga pelajar ke arah merealisasikan hala tuju itu dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif serta berketerampilan dan