GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal of Society and Space 7 issue 1 (42 - 52) © 2011, ISSN 2180-2491 GIS dalam pendidikan geografi di Malaysia: Cabaran dan potensi Habibah Lateh 1 , Vasugiammai Muniandy 1 1 Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang. Correspondence: Habibah Lateh (email: sugiva99@yahoo.com.my) Abstrak Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi tunjang dalam merangka sistem pendidikan di Malaysia. Pengenalan KBSR dan KBSM merupakan reformasi pendidikan yang terbesar di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sentiasa diselaraskan dengan kehendak pasaran dunia, iaitu bertujuan menghasilkan modal insan kelas pertama. Program Pengkomputeran Sekolah berjaya melengkapkan prasarana sekolah dengan makmal komputer. Integrasi ICT dalam subjek-subjek di sekolah mula dilaksanakan. Namun, sebarannya adalah tidak sekata. Subjek Geografi merupakan salah satu subjek yang masih bersifat penghafalan fakta tanpa kemahiran teknologi. Integrasi teknologi dalam subjek ini amat perlu bagi memartabatkan serta menghidupkannya. Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah amat sesuai diterapkan dalam subjek Geografi. GIS merupakan salah satu sistem maklumat yang digunakan untuk menyimpan, memapar, menganalisis dan memanipulasi data yang berkaitan dengan ruangan. Pelbagai negara lain seperti Australia, New Zealand dan Singapura telahpun mengintegrasi GIS dalam proses P&P di sekolah. Di Malaysia, GIS dalam bidang pendidikan masih di tahap perbincangan atas kertas kerja. Keupayaan GIS untuk menerap masuk dalam sistem pendidikan di Malaysia masih dipersoalkan. Pelbagai persoalan seperti sejauhmana GIS sesuai di peringkat sekolah, keberkesanan terhadap pelajar, kesesuaian dengan pelajar sekolah dan keupayaan guru mengendalikan GIS sering timbul. Maka artikel ini membincangkan cabaran dan potensi GIS untuk diimplimentasi dalam subjek geografi di sekolah. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk mencari sebanyak mungkin peluang dan halangan dalam mengimplimentasi GIS. Dua puluh artikel dari dalam dan luar negara dianalisis secara terperinci menggunakan borang analisis kandungan yang diadaptasi dari Crosswell, P. L. Penyenaraian halangan dan peluang ini diikuti dengan pengagihan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT ini bertujuan mengidentifikasi kekuatan, kelemahan, ancaman serta peluang secara terperinci. Katakunci: analisis SWOT, kelemahan & ancaman GIS, kekuatan & peluang GIS, pendidikan Geografi, Sistem Maklumat Geografi (GIS) GIS in the Malaysian geography education: Challenges and potentials Abstract Although ICT has been integrated into Malaysia’s secondary school curricula its dissemination, however, is uneven. School Geography, in particular, is still a subject deep in rote learning of facts and figures largely unaided by ICT. The integration of such technologies as the Geography Information System (GIS) into the subject matter is still being debated as to its suitability, effectiveness and implementability. This paper presents the findings of a study which uses content analysis to evaluate the feasibility of incorporating the GIS into the teaching and learning of Malaysian school geography. The SWOT analysis conducted shows 42