„Imaduddin & Noor Shakirah, “Tafsir Ayat-Ayat al-Quran berkenaan Penjagaan Alam Sekitar,” Afkar Vol. 18 Issue 1 (2016): 91-130 91 TAFSIR AYAT-AYAT AL-QURAN BERKENAAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR DAN ANALISIS ISU-ISU ALAM SEKITAR DI MALAYSIA INTERPRETATION OF THE QUR‟ANIC VERSES ON PRESERVATION OF ENVIRONMENT AND ANALYSIS OF ENVIRONMENTAL ISSUES IN MALAYSIA ‘Imaaduddin Abdul Halim , Noor Shakirah Mat Akhir   School of Humanities. Universiti Sains Malaysia. 11800. Pulau Pinang. Malaysia. Email: imad1589@yahoo.com Khulasah Dewasa ini pelbagai isu berkenaan alam sekitar dibincangkan sama ada kepentingan, kemusnahan dan cara-cara mengatasi kemusnahan alam sekitar. Ia merangkumi perbincangan dari sudut konvensional mahupun dari perspektif Islam. Kemusnahan alam sekitar pada masa kini semakin menjadi-jadi hasil daripada pemerasan sumber alam yang tidak terkawal oleh manusia demi mencapai keuntungan. Jika dilihat kepada kemajuan teknologi yang terdapat di Malaysia sekarang, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku jika penggunaan akal yang maksima oleh manusia diasaskan dengan iman. Manusia mampu untuk membezakan antara pro dan kontranya sekiranya sumber alam digunakan dengan rakus. Namun sifat tamak yang menguasai mampu untuk mengaburi pandangan segelintir masyarakat tanpa memikirkan kesannya dikemudian hari. Dari perspektif Islam dengan menjadikan al-Qur‟an sebagai rujukan mutlak, kemusnahan alam sekitar sebenarnya mampu dielakkan jika setiap individu tahu amanah atau tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi ini. Persoalannya, adakah terdapat ayat khusus dalam al-Qur‟an yang menerangkan berkenaan penjagaan alam sekitar? Adakah pengajaran dari al-Qur‟an mampu memberi