1.0 SEJARAH OLAHRAGA LARI PECUT Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi semakin popular. Acara ‘stade’ adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan ‘husplex’ digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan serta penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880-an, ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah ‘pencil start’, di mana para atlet berlari 20 meter pertama dengan memegang pensel. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai ‘kangaroo start’. Sebelum tahun 1921 kebanyakan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum Olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian- bahagian anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut: a) Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.