1 PEMBINGKAIAN MEDIA: PENDEDAHAN BINGKAI ANTARA BLOGGER SEBELUM DAN SELEPAS PRU KE-13 Muhammad Hakimi Tew Abdullah 1 , Abdul Latiff Ahmad, Chang Peng Kee Abstrak Blog mula menarik minat rakyat di Malaysia pada tahun 1998 yang pada ketika itu para penulis blog rancak menulis berkenaan perihal politik dan isu semasa (Chamil Wariya, 2008). Blog juga telah menjadi medium yang berpengaruh dalam melaporkan sesuatu berita selepas rata-rata masyarakat menolak media arus perdana yang dilihat sering berpihak kepada kerajaan. Kertas ini mengkaji bagaimana bingkai generik digunakan oleh para blogger di Malaysia sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Satu perbandingan dibuat ke atas dua kumpulan blog iaitu blog Pro- Barisan Nasional dan blog Pro- Pakatan Rakyat untuk melihat perbezaan dalam penggunaan bingkai oleh para blogger. Lima bingkai generik dengan 20 kenyataan sifat oleh Semetko & Valkenburg (2000) telah diadaptasi dalam kajian ini. Pendekatan analisis kandungan secara kuantitatif digunakan dan hasil kajian menunjukkan bahawa bingkai konflik dan bingkai tanggungjawab berada pada tahap tinggi penggunaannya manakala bingkai kepentingan manusia, bingkai moral dan bingkai kesan ekonomi berada pada tahap rendah penggunaannya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dari segi penggunaan semua bingkai oleh kedua-dua kumpulan blogger walaupun berada pada pandangan politik yang berbeza. Tetapi, hasil kajian jelas menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan blogger lebih banyak menekankan sifat bingkai konflik dalam semua isu yang diperbahaskan. Kata Kunci: Blog, pembingkaian media, pilihan raya, berita politik. Pengenalan Dalam kajian komunikasi politik, pembingkaian kerap digunakan untuk menggambarkan fenomena di mana mesej disampaikan oleh media untuk membentuk penilaian seseorang individu dalam memikirkan tentang sesuatu isu. Pembingkaian merujuk kepada pengaturan idea (Severin & Tankard, 1997) atau pengaturan tema (Gamson, 1992), dan ia menentukan permasalahan (Entman,1993). Di mana kajian dalam bingkai berita menyatakan bahawa bingkai sebagai corak dalam sesuatu persembahan, pemilihan, penekanan dan pengecualian (Gitlin, 1980). Bingkai juga merujuk kepada pelbagai aspek mesej yang 1 Penulis perujuk : Muhammad Hakimi Tew Abdullah. Emel: hakimi541@melaka.uitm.edu.my