167 Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia Sari 22 (2004) 167 - 181 Laporan Penyelidikan/Research Report Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia LEE YOK FEE ABSTRAK Perpaduan dan integrasi nasional adalah cabaran besar dalam proses membentuk negara-bangsa. Cabaran itu rumit kerana masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Keberkesanan polisi kerajaan Malaysia amat bergantung pada bagaimana ia mengkonsepsikan makna ras atau etnik bagi setiap kaum. Laporan penyelidikan ini membincangkan kedinamikan kecinaan dan identiti orang Cina dengan menggunakan teori interaksionisme. Dalam penyelidikan ini, sifat kecinaan orang Cina telah berubah kerana mereka berada dalam konteks sosial yang berlainan. Perbincangan ini bermula dari konsep ras di negara China sehingga orang Cina keluar dari negara China, ekoran migrasi mereka ke Dunia Melayu, termasuk Malaysia. Kata kunci: Identiti; etnisiti; kecinaan; ras; interaksionisme ABSTRACT Since achieving its independence, Malaysia hitherto faces challenges in reaching unity and national integration among its people mainly due to its pluralistic background. The effectiveness of the government policies in building a nation-state is heavily contingent upon the understanding and interpretation of each ethnic group’s identity. Thus, this paper is trying to provide an understanding of the nature of the Chinese identity and Chineseness. By using interactionism theory, I try to present an analysis on the dynamics of Chinese identity when the Chinese are in the different societal environment, i.e. from China to Malaysia. Key words: Identity; ethnicity; chineseness; race; interactionism PENDAHULUAN Latar belakang masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa memberi cabaran kepada pemimpinnya dalam mengurus isu perpaduan negara. Sejak merdeka, lebih-lebih lagi berikutan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, isu perpaduan dan integrasi nasional tidak pernah terpisah daripada polisi pembinaan