1.0Pengenalan Dinas Qin dan Dinas Han merupakan dua dinas pertama setelah penyatuan seluruh negara China. Dinas Qin adalah pemerintahan pertama yang menyatukan negara China,manakala Dinas Han merupakan pemerintahan yang menggulingkan Dinas Qin. Kedua-duaDinas ini mempunyai latar belakang polik agak sama, iaitu memerintah sebuah negara besar yang baru disatukan.Jika melihat kepada kejayaan kedua-dua dinas ini, Dinas Han dikatakan mencapai kejayaan yang agak mengagumkan dalam pemerintahannya. Pemerintahan Dinas Han adalah selama 422 tahun dan telah berjaya menjadi sebuah negara yang berwibawa dan terkenal dalam mata dunia pada zaman tersebut. Manakala Dinas Qin hanya dapat dikekalkan selama 15 tahun, kerana pemberontakan golongan petani.Sebelum meninjau dengan lebih mendalam, terlebih dahulu kita melihat sedikit pengenalan terhadap kedua-dua dinas ini. 1.1 Dinas Qin Pada mulanya Qin merupakan salah satu negeri zhuhou ( 诸侯). Setelah Qin Xiao Gong ( 秦孝公 ) menjalankan pelbagai pembaharuan dalam dasar pemerintahan Qin, negeri Qin telah menjadi negeri yang kuat di antara 7 negeri zhuhou. Dengan kekayaan negeri Qin dan tentara Qin yang handal, Ying Zheng ( 嬴政) telah berjaya menewaskan 6 negeri zhuhou yang lain dan berjaya menyatukan negara China. Pada tahun 221 sm, Ying Zheng telah menubuhkan Dinas Qin yang menggankan Dinas Zhou.Selepas kemaan Ying Zheng, Hu Hai ( 胡亥) telah menjadi pemerintah Dinas Qin. Akan tetapi, maharaja yang kedua ini telah dibunuh oleh Zhao Gao( 赵高) pada 207 sm. Pada206 sm, empayar berumur 15 tahun yang dibina oleh Ying Zheng ini telah tumbang, 1.2 Dinas Han Setelah Dinas Qin musnah, Liu Bang( 刘邦) dan Xiang Yu (项羽) telah berperang selama 4 tahun dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Chu Han( 楚汉战争). Dengan bantuan Xiao He( 萧何), Han Xin ( 韩信) dan Zhang Liang ( 张良), Liu Bang telah Berjaya menewaskan Xiang Yu dan menubuhkan Dinas Han. Dinas Han dibahagikan kepada Han Barat (tahun 202 sm hingga tahun 8) dan Han Timur (tahun 25 hingga tahun 220) dua zaman pemerintahan yang berbeza, digelar sebagai Dua Han( 两汉 ). Pada zaman Dinas Han, negara China merupakan sebuah empayar yang berkuasa dan bertamadun. Dinas Han dan Empayar Rome pada zaman tersebut merupakan dua negara yang mempunyai tamadun yang paling cemerlang.Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kegagalan Dinas Qin, Dinas Han pula telah terbuk berjaya dalam perkara yang Qin telah gagal, misalnya: cara pemerintahan,ideologi pentadbiran, ekonomi negara dan sebagainya. Perbincangan seterusnya akan meninjau lebih lanjut terhadap sebab-sebab Dinas Han telah berjaya dalam perkara yang Dinas Qin telah gagal. 2.0 Pemerintahan Ren(仁政) Memang dak boleh dinafikan bahawa kejatuhan Dinas Qin disebabkan oleh pemerintahan yang zalim. Shih Huang Ti berniat untuk memperluaskan pengaruh Dinas Qin dan membolehkan Dinas Qin menjadi semakin agung. Baginda telah menjadikan angkatan tentera sebagai satu elemen penng dalam pentadbirannya dan menubuhkan Tembok Besar China yang bertujuan untuk menghalangkan keserangan Babarlian( 匈奴 ) . Polisi polik Shih Huang Ti telah menyebabkan kesengsaraan rakyat. Selain itu, Shih Huang Ti telah mengerah rakyat untuk mengekalkan sepasukan tentera yang hebat dan gagah yang bertujuan menjalankan peperangan ke negara-negara lain. Mengikut purata,