Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. Bagai Aur Dengan Tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah