285 Perdebatan Aliran Sosialis Dalam Gerakan Nasionalisme Dan Pembangunan Politik Radikal Melayu Di Tanah Melayu, 1925-1948: Suatu Sorotan Sejarah Ahamad Jama’ Amin Yang 1 alperaqi1978@yahoo.com Universiti Kebangsaan Malaysia ______________________________________________________________________ Abstrak Sejarah gerakan politik aliran sosialis di Tanah Melayu sering digambarkan mempunyai persamaan dengan fahaman politik komunis. Kemelut pandanganini secara tidak langsung memberi kesan terhadap kefahaman perkembangan dan perjuangan politik aliran sosialis di Tanah Melayu terutamanya yang mengaitkan gerakan radikal nasionalismedan pembangunan politik Melayu di Tanah Melayu. Sehubungan itu, dalam artikel iniperbincangan memberikanpenumpuan kepada perkembangan ideologi politik aliran sosialis melalui pengaruh Sosialis-Marxisme dari Indonesia yang menjadi asas perkembangan aliran sosialis dalam kalangan gerakn nasionalis radikal Melayu dalam meneruskan keberlangsungan politik kelas sepanjang tahun 1925 sehingga tahun 1948. Dengan menggunakan pendekatan reconstructionist sejarah, analisis perbincangan dikembangkan berdasarkan penggunaan sumber primer sebagai asas hujah terutamanya dokumen British seperti Colonial Office (CO) danForeign Commonwealth Office (FCO). Di samping itu, penulis turut menggunakan transkrip lisan Ahmad Boestamam yang diperolehi di Arkib Negara Malaysia. Dapatan kajian mendapati pengaruh aliran sosialis berkembang dalam bentukaliran sosialis Marxisme melalui PKMM, API dan PETA. Dalam konteks Tanah Melayu, perkembangan aliran ini secara dasarnya dikerangkakan oleh world view Alimin dan Tan Malaka yang membentuk fahaman radikal dalam kalangan aktor-aktor politik Melayu dan membezakannya di antara komunis dengan reformis Marxisme. Artikel ini merupakan satu sisi yang berbeza dalam menjelaskan perkembangan aliran sosialis di Tanah Melayu Kata Kunci: Sosialis, Sosialis-Marxisme, Reformis Marxisme, PKMM, API. _____________________________________________________________________________ 23