PERSIDANGAN KEBANGSAAN SAINS SOSIAL UNIMAS 2011: Pembangunan ke Arah Masa Depan yang Mapan 20-21 April 2011 CTF1 Kampus Barat, Universiti Malaysia Sarawak 1 GAYA DAN NILAI KEPIMPINAN UNGGUL DALAM MENANGANI MASALAH EKONOMI : SATU ANALISA DARIPADA KISAH NABI YUSUF 1 Lutfan bin Jaes Fakulti Sains, Sastera & Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia lutfan@uthm.edu.my Mohd Hisyam bin Abdul Rahim 2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia mdhisyam@uthm.edu.my ABSTRAK Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, gaya dan nilai amalan terbaik pengurusan perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. Lantaran itu, kertas kerja ini melihat khususnya gaya dan nilai-nilai unggul 3 dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. Kertas kerja ini turut mengambilkira pandangan ahli-ahli ekonomi masakini berkenaan analisa yang dibuat. Hasil daripada penelitian didapati terdapatnya beberapa gaya dan nilai unggul dalam pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s. sehingga baginda berjaya menangani masalah ekonomi pada waktu itu. Sebahagian daripada gaya dan nilai tersebut adalah keadilan (’adalah), ihsan dan kerjasama (ta’awun). Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman oleh kerana itu diharapkan penulisan ini memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi negara menurut perspektif Islam dengan berjaya. 1 Kertas kerja ini akan dibentangkan di Persidanga Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011 pada 20 dan 21 April 2011 anjuran Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak.. 2 En. Lutfan bin Jaes dan En. Mohd Hisyam bin Abdul Rahim merupakan staf akademik di Jabatan Kemanusian Fakulti Sains, Sastera & Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia. No telefon yang boleh dihubungi : (H/P) 019-7788034. (Pej.) 07-4537934. 3 Nilai-nilai unggul juga boleh juga di sifatkan sebagai prinsip-prinsip unggul dalam kontek kertas kerja ini.