Penguasaan Kemahiran Insaniah (KI) Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Azreen Harina Binti Azman 1 , Nazmiah Binti Nawi 2 , Siti Khatijah Binti Mohamad 3 1 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000, Terengganu; azreen@psmza.edu.my 2 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000, Terengganu; nazmiah@psmza.edu.my 3 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, 23000, Terengganu; siti_k@psmza.edu.my Abstrak Kemahiran insaniah (KI) atau softskills merupakan kemahiran yang diperlukan bagi memastikan para graduat memenuhi keperluan industri. KI sangat penting bagi melahirkan pekerja yang kompeten apabila memasuki alam pekerjaan yang sebenar. KI merupakan isu yang kerap dibincangkan dalam usaha mengurangkan masalah kebolehpasaran graduat. Kebanyakan graduat kejuruteraan sangat menguasai kemahiran teknikal namun sangat lemah dari segi KI. Kelemahan da- lam KI adalah amat merungsingkan dan boleh memberi impak yang besar terhadap peluang mendapatkan pekerjaan dan memberi masalah untuk mengadaptasikan kemahiran insaniah dalam sesuatu bidang pekerjaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan KI dalam kalangan pelajar PSMZA. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji perbezaan di antara peringkat penglibatan kokurikulum pelajar dengan penguasaan KI pelajar serta hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang mewakili KI. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang melibatkan pengedaran borang soal selidik secara atas talian kepada semua pelajar PSMZA yang terdiri dari pelbagai jabatan, namun hanya 215 responden memberi maklum balas. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS). Ujian min, ujian Kruskal Wallis dan ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menjawab ketiga-tiga objektif kajian. Nilai min tertinggi adalah 4.09 bagi kemahiran berpasukan manakala nilai min terendah adalah 3.64 bagi kemahiran komunikasi. Ini bermaksud, KI yang paling dominan dalam kalangan pelajar PSMZA adalah kemahiran ber- pasukan manakala kemahiran komunikasi merupakan KI yang paling kurang dikuasai oleh pelajar PSMZA. Terdapat perbezaan yang signifikan antara peringkat penglibatan kokurikulum (sukan) pelajar dengan penguasaan KI dalam ka- langan pelajar PSMZA. Penguasaan kesemua KI adalah pada tahap tinggi walaupun ada sesetengah pelajar tidak terlibat dengan kelab/ persatuan. Namun penglibatan pada peringkat kebangsaan memberi nilai mean rank yang paling tinggi. Ter- dapat perbezaan yang signifikan di antara peringkat penglibatan kokurikulum dalam kelab/ persatuan dengan penguasaan kemahiran berpasukan dan kemahiran keusahawanan. Elemen KI yang lain tidak dipengaruhi oleh peringkat penglibatan pelajar dalam kelab/ persatuan. Terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah yang mewakili KI. Semua nilai korelasi adalah tinggi yang membawa keputusan sederhana ( moderate) hingga sangat kuat (very strong). Kata kunci Kemahiran insaniah, kemahiran berpasukan, kemahiran kepimpinan. 1. Pengenalan KI adalah kemahiran yang melengkapi kemahiran utama iaitu keperluan teknikal untuk bekerja. KI merupakan ele- men utama untuk membentuk personaliti seseorang. Kese- imbangan antara kecemerlangan akademik dan KI amat diperlukan bagi setiap graduat [1]. KI adalah beberapa ke- mahiran bagi memastikan para graduat memenuhi keperlu- an pasaran industri [2]. Penguasaan KI adalah isu yang ser- ing diperdebatkan dalam masalah kebolehpasaran dan usaha menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi di negara-negara maju [3 & 4]. Kelemahan yang paling ketara dalam kalangan graduat adalah kemampuan untuk bergerak seiring dengan keperlu- an industri dan perubahan teknologi terkini. Menurut [5], graduat kejuruteraan berkemahiran dalam bidang teknikal, sains, matematik dan fizik namun kurang penguasaan dalam KI yang amat diperlukan oleh pihak industri. Ini disokong oleh [6] yang menyatakan bahawa kekurangan kemahiran teknikal boleh diperbaiki dengan penguasaan KI kerana ilmu yang dipelajari hanya akan dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan sebenar dengan adanya KI yang tinggi da- lam diri para graduat. 1.1 Pernyataan Masalah KI memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang. Majikan dan pendidik sering mengemukakan masalah berkenaan kekurangan penguasaan KI dalam diri setiap graduat terutamanya kemahiran komu- nikasi. KI yang juga perlu diberi perhatian adalah pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah [1]. Ke- banyakan graduan kejuruteraan sangat kompeten dari segi kelayakan teknikal namun agak lemah dari segi penguasaan KI [2]. Menurut [5], disebabkan kepentingan penguasaan KI, para pelajar bukan hanya perlu belajar untuk mendapatkan sijil tetapi perlu juga melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan menimba pengalaman bekerja. Latihan industri yang dihadiri ialah salah satu persediaan