1 ULASAN BUKU “AN INTRODUCTION TO ‘ILM AL-KALAM”. Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada karangan Martyr Murtada Mutahhari dalam buku beliau, Ashna’I ba Ulumi Islami (An Introduction to Sains Islam) . Buku ini terdiri daripada tujuh bahagian, iaitu logik, falsafah, al-kalam (falsafah skolastik Islam), ‘irfan (misticisme Islam), usul fiqh, fiqh (hukum Islam) dan hikmah ‘amali (falsafah praktikal atau moraliti). Di dalam artikel ini, telah dihuraikan lima prinsip dan doktrin bagi Muktazilah. Ianya terdiri daripada tawhid, ‘adl (keadilan Tuhan), wa‘d wa wa‘id (pembalasan dan pangampunan), manzilah bayna manzilatayn (satu tempat di antara dua tempat) dan amr ma’ruf wa nahi mungkar. Dalam membicarakan tentang lima prinsip utama bagi Muktazilah, turut dinyatakan juga idea pemikiran dan kepercayaan-kepercayaan yang Muktazilah yang lain. Antara yang dinyatakan dalam artikel ini, adalah idea berkaitan dengan teologi, fizik, kebebasan manusia, masalah politik, sosial dan sebagainya. Tugasan dalam ulasan saya meliputi prinsip, idea dan kepercayaan Muktazilah dari aspek masalah sosial dan politik manusia, peralihan dalam sejarah Muktazilah, dan sedikit pengenalan tentang Asya‘irah. MASALAH POLITIK DAN SOSIAL MANUSIA Apabila disebut tentang masalah politik dan sosial manusia, dapat dikaitkan tentang kewajipan dalam al-‘amr ma’ruf wa al-nahy mungkar. Bahkan ianya perlu walaupun memerlukan kepada rampasan senjata atau genjatan senjata. Selain itu, menurut pendapat Muktazilah, kepimpinan daripada imamah, dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, adalah benar dan mengikut urutan yang betul. Selain itu, Muktazilah memandang Saidina Ali sebagai khalifah yang terbaik berbanding khalifah yang sebelumnya. Pandangan ini bukanlah daripada pandangan keseluruhan ahli Muktazilah, tetapi hanya segelintir daripadanya, iaitu golongan Muktazilah pada awalnya. Wasil bin Ata’ pula menganggap Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang terbaik.