1.0 PENGENALAN Asia Tenggara merupakan pusat persinggahan dua kuasa besar yang dikenali sebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia tenggara mempunyai geografi yang strategik di mana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Keadaan inilah yang telah menyebabkan Asia Tenggara terletak ditengah-tengah antara India dan China. Namun, pengaruh kuasa besar yang banyak memberi kesan terhadap kebudayaan dan kepercayaan masyarakat tempatan di Asia Tenggara ialah pengaruh India. Merujuk kepada buku Pengajian Tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid, terdapat menyatakan bahawa India mula bertapak di Asia Tenggara bermula lebih awal daripada abad pertama Masihi lagi iaitu melalui aktiviti perdagangan. 1 Melalui kegiatan perdagangan inilah secara tidak langsung telah membawa kepada perhubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era indianisasi lagi. Perhubungan ini juga dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala, di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasan Asia Tenggara, bahkan orang di Asia Tenggara juga turut sampai ke India. 2 Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara ini wujudnya sejak zaman Neolitik lagi apabila terdapatnya sistem pengkhususan pekerjaan yang membawa kepada pengurusan organisasi masyarakat pada zaman itu. Kerajaan-kerajaan awal atau dikenali sebagai politi awal ini bermaksud pengurusan masyarakat dan pentadbiran tetapi masih belum mencapai taraf kerajaan iaitu pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua masyarakat di sesebuah politi. Kewujudan kerajaan awal ini dapat dibuktikan melalui sumber bertulis iaitu sumber India, China, Yunani, Arab, dan Parsi. Kerajaan awal ini juga tidak dapat ditentukan dengan sahih akan kewujudan dan lokasinya yang sebenar. 1 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publicaons & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224. 2 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publicaons & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 53.